Gennaro Gattuso telah melakukan kejutan ke atas bekas pengendali Napoli iaitu Maurizio Sari yang kini memimpin Juventus.
Gattuso dilantik menjadi pengurus Napoli menggantikan Carlo Ancelotti.
Juventus berharap akan dapat menjarakkan diri lebih jauh dari Inter. Ianya selepas skuad Antonio Conte semalam seri dengan Cagliari satu sama dalam aksi sehari lebih awal.
Juventus turun ke San Paolo dengan 3 mata di atas Inter Milan. Ini merupakan kepulangan pertama Maurizio Sarri ke San Paolo selepas meninggalkan pasukan itu pada 2018.
Beliau diboo oleh penyokong Napoli kerana pernah mengisytiharkan kebenciannya kepada Juventus satu ketika dahulu. Dan Sarri ketika itu menuduh Juventus adalah pasukan yang dibantu pengadil.
Sarri meninggalkan Napoli dengan rekod pungutan mata paling tinggi dalam sejarah mereka di Serie A.
Piotr Zielinski memberikan Napoli pendahuluan selepas tepisan oleh Wojciech Szczesny menuju ke arahnya. Dan dengan mudah pemain itu menolak ke gawang.
Gegak gempita San Paolo dibuatnya.
Juventus bergelut sepanjang perlawanan. Napoli pula menunjukkan lebih keinginan dalam perlawanan ini.
Napoli ternyata menghadirkan ancaman lebih banyak. Mario Rui antara yang aktif mengasak ke kubu Juventus dengan larian progresif beliau.
Napoli melakukan 15 percubaan ke arah gol Juventus sepanjang perlawanan ini. Manakala Juventus pula hanya mampu melakukan 8 sahaja percubaan ke arah gol lawan mereka.
Ketika perlawanan berbaki 4 minit lagi, Lorenzo Insigne mengesahkan 3 mata milik Napoli dengan satu voli yang sedap dan menarik.
Ianya menewaskan Wojciech Szczesny yang tidak mampu untuk menyelamatkan bola itu. Beliau menyambar hantaran Callejon dnegan teknik voli yang sangat kemas dan deras.
Cristiano Ronaldo menghidupkan semula perjuangan Juventus dengan gol pada minit ke-90. Ronaldo terus menjadi pencetak gol yang konsisten untuk Juve.
Beliau sudah mencetak gol dalam 8 perlawanan terakhir beliau. Dengan 12 gol secara keseluruhannya dalam tempoh itu.
🇵🇹 Cristiano Ronaldo has now scored in 8 consecutive games.
• 8 matches
• 12 goals
• 1 hat-trick
• 30 goals for club and country so far in 31 games
• 16 goals in 17 Serie A gamesA few weeks ago so many people on this platform were saying this man is finished. 🤦♂️ pic.twitter.com/GxVen1Sdhm
— FutbolBible (@FutbolBible) January 23, 2020
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 Napoli ke atas Juventus. Para penyokong Napoli tersenyum puas dapat merosakkan sedikit usaha Juventus yang mahu berada selesa di pucak liga.
Antonio Conte pastinya tersenyum dengan keputusan ini. Kerana mereka kini kekal 3 mata sahaja dipisahkan dari Juventus.
Napoli kini dalam prestasi mereka yang agak baik dalam beberapa aksi terakhir mereka. Napoli menang dalam 4 daripada 5 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.
Keraian di curva oleh Ultras Napoli juga sangat meriah bersama – sama dengan para pemain sebaik sahaja wisel penamat.
Mereka jelas sekali berpuas hati menewaskan pasukan yang serba bintang dan pernah menyakitkan mereka dahulu dengan perpindahan Gonzalo Higuain.
https://twitter.com/i/status/1221586650976878599
Maurizio Sarri pula mungkin baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang sukar diterima oleh penyokong Juventus.
Ini selepas beliau menyatakan tidak kecewa di tangan Napoli, malah tumpang gembira, kerana penyokong Napoli sentiasa di hatinya.
SKY: “Sarri are you more annoyed for losing in Napoli?”
Sarri: “Honestly no, I'm happy for the guys I have a connection with forever (the Napoli players) so if I have to lose then I’m happy for them because I owe them a lot” pic.twitter.com/EVZjMXNepq— Around Turin (@AroundTurin) January 26, 2020