Lihat Werner Iktiraf Terbaik Di Dunia, Akui Harus Tingkatkan Lagi Kualiti Kalau Nak Sertai Mereka

Timo Werner dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool untuk musim panas akan datang.

Ini selepas The Reds dilaporkan mahu mengaktifkan klausa pelepasan pada kontrak beliau.

Dan Werner juga sudah diberitahu akan perkara itu. Werner dan Liverpool perlu mencapai kesepakatan sebelum April ini.

Jika tidak angka pada klausa pelepasan semasa tidak akan terpakai.

Werner masih belum melanjutkan kontrak dengan pasukan RB Leipzig – yang kini masih bersaing kejuaraan Bundesliga dengan Bayern Munich.

Beliau sebelum ini sudah memberitahu bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak dengan pasukan tersebut bagi mencari cabaran baharu di tempat lain.

Selepas aksi berhadapan dengan Spurs, Werner telah ditanya wartawan berkenaan dengan komen beliau ke atas beriya yang mengaitkan beliau dengan Liverpool.

Beliau menganggap itu satu penghargaan di dalam kariernya, dikaitkan dengan pasukan Jurgen Klopp itu.

Timo Werner telah menggelar pasukan Liverpool sebagai yang terbaik di dunia pada ketika ini.

Oleh itu beliau menyatakan, jika beliau berimpian mahu ke Anfield, beliau harus meningkatkan dan memperbaiki kualiti permainannya.

Pemain antarabangsa Jerman itu mempamerkan aksi cemerlang di tanah Inggeris dengan menjaringkan gol dari penalti – bagi membantu RB Leipzig menang 1-0 dalam Liga Juara-juara ke atas Tottenham pada malam Rabu.

Beliau dilihat memiliki segala kualiti yang diperlukan oleh seseorang pemain yang mahu bersaing dengan pemain lain yang berkualiti dalam pasukan Liverpool.

Walaupun Werner sedar ianya bukan tugas mudah untuk meletakkan diri di dalam kesebelasan pasukan seperti Liverpool, namun beliau berbesar hati dan teruja apabila dikaitkan dengan The Reds.

Tambah tambah lagi beliau memikirkan prospek dapat beraksi dengan Mo Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Werner dianggap pilihan terbaik untuk dibawa ke Anfield kerana mengambil kira kejohanan Piala Negara Negara Afrika yang kembali semula dianjurkan pada mid season kalendar liga di Eropah.

Liverpool bakal kehilangan dua pemain utama mereka iaitu Sadio Mane Mohammed Salah.

Werner boleh bermain di posisi no.9 dan juga sebagai penyerang sayap.

Liverpool kini 22 mata di atas puncak liga. The Reds dalam landasan terbaik untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini dan sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan selama kira-kira 3 dekad.

Liverpool tewas di tangan Atletico dalam pusingan pertama peringkat 16 pasukan akhir Liga Juara Juara Eropah.

Gol tunggal perlawanan seawal minit keempat oleh Saul Niguez membuatkan The Reds tewas. Dan gagal mencatatkan sebarang shot on target.

Namun Jurgen Klopp menganggap perlawanan tersebut masih jauh daripada sudah berakhir. Malah beliau yakin atmosfera di Anfield akan memberikan kesukaran kepada Atletico Madrid sepertimana yang dilakukan penyokong mereka ke atas Liverpool.

Klopp berkata: “Selamat datang ke Anfield, ianya belum lagi berakhir!”

Baca yang lain