Lim Go Home: Kisah Peter Lim, Daripada Penyelamat Bertukar Perosak Valencia

Share on facebook
Share on twitter

Peter Lim bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak. Billionaire dari Singapura itu juga merupakan salah seorang orang Asia Tenggara paling berpengaruh di arena bola sepak.

Valencia merupakan salah sebuah kelab yang kaya dengan sejarah tersendiri walaupun mereka bukan Real Madrid mahupun Barcelona. Namun di dalam sejarah mereka, Valencia memiliki 6 kejuaraan La Liga (enam kali), 7 Copa del Rey, 1 Supercopa de Espana.

Di pentas UCL mereka pernah dua kali menjadi naib juara iaitu pada 2000 dan 2001. Namun UEL dan Piala Pemenang (Winners Cup  – kini sudah tiada), kesemuanya ada di galeri mereka.

Pada tahun 2009 Valencia terjerumus ke dalam krisis kewangan yang buruk. Los Che diambang muflis selepas hutang mereka mencapai angak €300 juta.

Kedatangan Lim

Rancangan pembangunan stadium baharu dengan kapasiti 73k penonton terpaksa ditunda. Kesannya, mereka terpaksa menjual ramai bintang mereka termasuk David Villa, David Silva, Joaquin Sanchez, Raul Albiol, Emiliano Moretti dan lainnya. Kebanyakannya dijual 30% lagi murah daripada harga maksimum.

Presiden Los Che ketika itu, Vicente Soriano secara terbuka mendedahkan bahawa kelab diambang muflis dan terpaksa melelong bintang mereka. Penyokong Valencia terpaksa menerima kenyataan. Yang penting kelab mereka kekal berdiri dan tak muflis.

Berita buruknya, penjualan ramai pemain bintang masih tidak cukup untuk menutup lohong hutang mereka. Jauh sekali nak membangunkan stadium.

Akhirnya, pada 2014, Soriano mengambil langkah terakhir iaitu melelong kelab kepada pembida baharu. Lalu tiba bidaan daripada usahawan Singapura, Peter Lim yang sebelum itu pernah gagal mendapatkan pemilikan Liverpool.

Lim dilihat sebagai penyelamat Valencia. Para peminat menggelarnya Messiah.

Lim berminat mendapatkan Luis Nani dan Radamel Falcao. Malangnya ketika itu kedua dua pemain itu tidak dalam prestasi terbaik.

Walaupun tidak mendapatkan Nani dan Falcao pada masa itu, Lim tetap melabur dalam pembelian bintang seperti Nicolas Otamendi, Shkordran Mustafi, Enzo Perez, Alvaro Negredo dan ramai lagi.

Valencia membentuk pasukan yang kuat di bawah kendalian Nuno Espirito Santo. Dan mereka menamatkan saingan di 4 teratas pada  musim 2014/2015. Peningkatan daripada tangga kelapan dalam musim sebelumnya.

Lim dikenali dengan sikapnya yang mahukan hasil segera. Salah satu sebab beliau membatalkan tawaran untuk memiliki Milan dan beralih ke Valencia kerana beliau mahukan hasil segera.

Silvio Berlusconi seorang perunding yang sukar dan terlalu teliti berbanding dengan situasi di Valencia ketika itu.

Peter Lim menempatkan dirinya sebagai salah seorang tokoh dari Asia yang memiliki kelab di Eropah. Walaupun peminat bola sepak bangsa Eropah suka benar menghina peminat dari Asia di media sosial ketika berdebat.

Lim dan bola sepak

Peter Lim terjun ke bidang bola sepak bukan kerana dia arif tentang bidang itu. Namun kerana dia melihat bidang itu mendatangkan keuntungan. Oleh itu, Lim mulai menjadikan pengurusan Valencia sebagai satu model perniagaan syarikat berasaskan keuntungan berbanding dengan fungsi utamanya sebagai kelab bola sepak.

Oleh sebab itu Lim sanggup melabur tinggi dalam pembelian pemain dan dia mulai mengawal kesemua urusan jual beli pemain. Itu adalah perkara yang sangat bertentangan dengan prinsip bola sepak itu sendiri.

Namun Lim yakin dia melakukan perkara yang betul kerana dia ada pegawai scouting yang melapor terus kepadanya, dan dia menandatangani pemain bintang yang bagus untuk jurulatih. Jadi pandangan Lim, jurulatih harus berterima kasih kepadanya.

Hasilnya sangat memuaskan dengan Valencia layak ke Liga Juara Juara Eropah. Lim meneruskan pelaburannya dalam bidang bola sepak dengan membeli 50 persen saham di Salford City, sebuah pasukan semi-pro, milik mantan pemain Manchester United – Class of 92′ termasuk Gary Neville, Phil Neville, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Nicky Butt.

Peter Lim merupakan peminat tegar Man United dan hidup melihat aksi class of 92, jadi sangat mudah untuk beliau menyertai projek tersebut.

Lim meluaskan pengaruhnya

Pada September 2014, Lim menjadi pemegang saham terbesar di Salford. Lim  bertekad membangun akademi yang melahirkan pemain berkualiti tinggi dan bercita cita mahu melihat Salford beraksi di peringkat tertinggi dalam hierarki bola sepak England suatu hari nanti.

Peter Lim menerusi Mint Media kemudian mendapatkan Cristiano Ronaldo sebagai hak ekslusif beliau. Dan kesemua hak imej berkaitan Ronaldo – kecuali yang ada dengan Real Madrid pada waktu itu – mulai di bawah kendalian Peter Lim. Kontrak Mint Media dengan Ronaldo berdurasi 6 tahun dan melibatkan bayaran sekitar EUR40 juta kepada jenama CR7.

Ronaldo ketika itu setuju kerana menganggap Lim akan mengukuhkan lagi publisiti beliau di Asia.

Keputusan Ronaldo itu mulanya kurang disenangi oleh peminat Real Madrid. Namun ketika itu Real Madrid memang sedang bergolak sejak  pemecatan Ancelotti. Ronaldo sangat menentang pemecatan tersebut.

Ejen kepada Iker Casillas, Santos Marquez menyatakan, tindakan Ronaldo itu sememangnya salah satu bentuk protes kepada pengurusan tertinggi kelab. Pemain seperti Iker Casillas juga tidak dilayan baik dan meninggalkan kelab dengan cara yang tidak selayaknya.

Memang agak sukar memahami Real Madrid membenarkan Peter Lim mendapatkan hak eksklusif daripada bintang utama mereka. Kerana secara tak langsung Ronaldo kini membantu kewangan Valencia.

Kegilaan Lim memakan diri

Lim kemudian semakin obses dengan campur tangan dalam pengurusan dan kejurulatihan.

Lim terus mengawal perpindahan pemain termasuk jual beli pemain. Beliau juga sempat mendapatkan Luis Nani, salah seorang bintang – bekas pemain United – yang diminatinya.

Penyokong Valencia dah menyampah gila dengan sikap Lim yang secara perlahan lahan merosakkan kelab kerana ideanya lebih kepada menjadikan Valencia adalah syarikat perniagaannya dan bukan bola sepak.

Jurulatih hanya boneka dan dia mengawal segalanya. Malah sebelum musim wabak hari tu ramai penyokong melancarkan kempen Peter Lim Harus Berambus. Kempen itu rancak di dalam dan di luar stadium.

blank

Lim Go Home!

blank

Legenda Argentina, Mario Kempes antara yang mengecam Peter Lim. Kempes meminta Lim untuk menjual Valencia dan pergi berambus dari Mestalla.

Pada musim ini, Valencia mulai melakukan rombakan dan melepaskan beberapa pemain dan jurulatih. Mereka kemudian menjual bakat Ferran Torres.

Marcelino merupakan jurulatih pertama yang memberikan Valencia piala major selepas sekian lama. Namun dia dipecat Peter Lim yang tak sehaluan pandangan dengan beliau.

Kempes sangat bengang dengan situasi di Valencia saat ini. Dia malah mengecam Lim dan menyatakan bahawa Valencia era sebelum Peter Lim adalah lebih baik walaupun berdepan masalah kewangan.

Kempes berkata: “Apa perkara yang saya boleh percaya daripasa Lim? Itu pertanyaan yang cukup sukar. Saya rasa tak ada langsung dan saya tak tahu.”

“Dia menunjukkan bahwa anda tidak dapat menonton perlawanan dari jarak 12,000 kilometer dan membuat tim yang hebat, juga tidak dapat bersaing dengan Real Madrid dan Barcelona,” tegas legenda Valencia itu.

“Tetapi untuk layak ke Liga Juara Juara Eropah, yang berprestij, anda harus percaya kepada para pemain. Valencia memiliki pasukan yang hebat, tetapi dia harus membiarkan mereka bekerja.”

“Jadi dia harus terus melaburkan wang. Namun sebaliknya dia sibuk menyingkirkan jurulatih dan menjual pemain.”

blank

“Lim, kamu berambus dari kelab ini dan tinggalkan Valencia kerana sebelum ini memang Valencia dalam ituasi buruk, tetapi kelab lebih gembira daripada sekarang ini.”

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini adalah berlaku kecelaruan dan huru hara dalam kelab.”

Pada musim 2019/20, Valencia kini bergelut di pertengahan carta liga dan menamatkan kempen di tangga kesembilan. Mereka terlepas ke slot Eropah dan memberikan impak besar kepada kewangan kelab selepas berbelanja besar.

Semuanya kerana Lim yang kerap campur tangan dalam urusan jurulatih dan tidak mahu membeli pemain yang diminta jurulatih.

Lim lebih suka mendapatkan pemain yang kononnya nama besar dan bintang atas dasar publisiti. Lim lupa, jika prestasi atas padang hampeh, ianya juga akan menjadi faktor penolak kepada penaja.

Peminat juga menuduh Lim dan Jorge Mendes sebagai perosak kelab dan menjadikan kelab sebagai lubuk duit mereka semata mata.

Valencia melepaskan pemain pemain bintang seperti Alessandro Florenzi, Ferran Torres, Dani Parejo, Rodrigo Moreno Machado, serta Francis Coquelin kerana alasan yang sama seperti sebelum ini iaitu untuk menyelamatkan kelab daripada bankrap

Keadaan menjadi semakin sukar apabila Valencia mengumumkan akan mengurangkan belanjawan mereka sehingga 40% kerana impak daripada wabak.

Penyokong Valencia mendesak Peter Lim menjual kelab tersebut kepada orang lain. Salah seorang billionaire yang dimahukan peminat Valencia adalah Andrea Radrizzani.

Kerana menurut mereka walaupun Radrizanni tak sekaya Peter Lim namun beliau ada passion dan tahu bagaimana model pengurusan bola sepak itu berfungsi. Itulah sebabnya Radrizzani berjaya membantu Leeds naik semula ke EPL.

Javier Tebas masih berdiri teguh di belakang Lim dan menyatakan usahawan Singapura itu sangat bekerja keras untuk mengeluarkan kelab daripada muflis.

Tebas malah mengecam tindakan peminat Valencia yang menurutnya tidak menghargai Lim.

“Ianya perjalanan roller coaster. Peter Lim diraikan dengan sorakan 25k peminat ketika dia tiba, dan sekarang mereka menghentamnya.”

“Bekas presiden VCF yang lain adalah malapetaka dan tidak boleh dibandingkan dengan Peter Lim.”

Baca yang lain