Lima Penggusti Yang Bermusuh Dengan Brock Lesner Di Luar Gelanggang

Brock Lesnar kini tidak mempunyai sebarang kaitan lagi dengan WWE, dan tiada sebarang berita lagi yang menyatakan sama ada beliau masih merancang untuk kembali atau tidak ke dalam syarikat milik Vince McMahon itu.

Namun, satu hal yang pasti, Lesner telah meninggalkan satu legasi dan perjalanan karier yang sukar untuk dilakukan oleh mana-mana penggusti lain.

Impak yang beliau tinggalkan dalam dunia gusti WWE ini sungguh besar dan ianya kekal menjadi yang terhebat sehingga ke penghujung kariernya.

Brock Lesnar merupakan salah seorang penggusti paling kontroversi dalam sejarah WWE sehingga beliau pernah meninggalkan syarikat pada tahun 2004 lalu hanya kerana tidak suka dengan jadual yang terlalu padat.

Selain itu, beliau juga sangat tidak gemar apabila karakternya dalam WWE harus dikawal dalam erti kata lain, beliau tidak suka di arah untuk melakukan sesuatu yang beliau tidak mahu.

Sepanjang kariernya bersama WWE, Brock Lesnar tidak terlalu meluangkan masanya untuk mencari kawan, sebaliknya beliau mempunyai masalah sebenar di belakang pentas bersama penggusti lain.

Dalam senarai ini, terdapat lima penggusti WWE yang mempunyai masalah di belakang pentas bersama Brock Lesnar.

1) Chris Jericho

Pada tahun 2016, Brock Lesnar menewaskan Randy Orton dalam acara utama di pentas SummerSlam, dan perlawanan tersebut merupakan perlawanan beliau paling kontroversi pernah disaksikan oleh para penonton.

Brock Lesnar menewaskan Randy Orton selepas pengadil perlawanan terpaksa menghentikan pertarungan tersebut selepas melihat beliau melunyai the viper dengan penuh keganasan.

Randy Orton ketika itu seolah dibiarkan lemas dek darahnya sendiri, puluhan ribu peminat yang berada dalam arena tersebut terpaku melihat keadaan ketika itu.

Bintang WWE, Chris Jericho telah mengamuk dibelakang pentas dan menganggap Lesner sebenarnya sengaja membelasah Orton dengan keadaan yang begitu teruk.

Ekoran dari itu, terjadi sedikit perselisihan faham antara Brock dan Jericho dan kedua-dua mereka hampir saja bergaduh.

Vince McMahon dan Triple H terpaksa masuk campur dalam perkara tersebut dan mencuba untuk menjernihkan perhubungan antara kedua-dua mereka.

McMahon menjelaskan kepada Jericho bahawasanya Brock Lesner hanya menjalankan kerjanya sahaja dan Jericho jelas tidak senang dengan cara Lesner bertindak pada ketika itu.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku seandainya Triple H dan Vince McMahon tidak meleraikan pergaduhan antara kedua-dua penggusti itu.

2) Matt Riddle

Sejak ketibaannya ke WWE, Riddle dengan terbukanya menjelaskan bahawa beliau sangat impikan untuk menjadi penggusti yang berjaya membuatkan Lesner bersara.

Salah satu cara yang Riddle sering gunakan untuk merealisasikan impiannya itu adalah dengan menyebut nama Lesner berulang-ulang kali di laman media sosial miliknya.

Sampai satu tahap, pada awal tahun ini, Lesner sudah jemu dengan cabaran dari beliau dan memutuskan untuk berhadapan dengan Riddle.

Ketika dalam acara di Royal Rumble, Lesner tampil berdepan dengan Riddle dan berita tersebut menggegarkan dunia gusti professional.

Berita tentang insiden tersebut telah didedahkan cdan Riddle turut membicarakan hal yang sama.

“Begini ceritanya dia berdepan dengan saya dengan membawa pengawal keselamatan, bukan dia yang memerlukan pengawal itu semua. Dia datang berjumpa saya, meletakkan tangannya pada saya dan beritahu saya bahawa kami berdua tidak akan pernah bekerjasama.”

“Jadi saya tidak perlu untuk menyebut namanya atau bercakap apa-apa tentangnya. Dan saya tidak sepatutnya memanggil beliau di media sosial dan saya cuma jawab kepadanya, ‘apa sahaja kamu mahukan, kawan.”

Pertemuan antara Lesner menentang Riddle sememangnya sesuatu yang sangat diimpikan oleh para peminat.

Brock Lesnar kini sememangnya tiada kaitan sama sekali dengan WWE, tetapi sekiranya dia memutuskan untuk kembali suatu hari nanti, tiada lain yang diharapkan oleh para peminat selain menyaksikan beliau bertarung dengan Matt Riddle.

Lesner tidak mahu bertemu Riddle, tetapi dengan bayaran yang lumayan mungkin saja mampu untuk mengubah fikirannya.

3) Big Show

Dalam bukunya bertajuk “Death Clutch”, Brock Lesner banyak menceritakan kisah karier awalnya dalam WWE dengan penuh terperinci.

Beliau turut berkongsi pandangan peribadinya terhadap beberapa bintang WWE termasuk Big Show. Lesner dan Show banyak bertemu di acara besar WWE pada sekitar tahun 2002/2003 dan mereka masih lagi bersahabat baik.

Hubungan mereka agak panas seketika, yang mana Lesner telah menjelaskan bahawa Big Show tidak menghormatinya dan beliau menyangka bahawa dirinya akan terintimidasi seperti yang lain, namun tanggapan beliau jelas salah.

“Dia fikir saya hanyalah seorang bodoh, lembu cucuk hidung yang akan diintimidasi olehnya, tapi saya menjatuhkan dia dalam gelanggang dan membelasahnya dengan teruk, dia adalah lelaki tua yang kuat menangis.”

“Pada hari berikutnya, dia sedang membuli ramai orang sekelilingnya, dan saya memutuskan untuk membuli dia balik. Dia jadi marah pada saya dan beritahu saya, ‘saya akan kembali di acara kemuncak, membuat duit berjuta-juta, dan kamu akan terus berada di bawah sini di Louisville untuk menyediakan gelanggang.”

Namun perselisihan faham antara mereka tidak kekal lama, Brock Lesner dan Big Show kemudiannya menjadi sahabat karib.

Big Show juga jelas salah dalam menilai masa depan Brock Lesner, tidak seperti apa yang beliau harapkan, the beast telah menjadi salah seorang penggusti terhebat dalam sejarah WWE dan turut terkenal serta berjaya di dunia sukan tempur seperti UFC.

Lesner turut menyatakan dalam bukunya bahawa beliau dan Big Show telah menjadi sahabat karib dan beliau sangat menyukai Big Show.

4) John Cena

Pada tahun 2012 lalu, Brock Lesner melepaskan kemarahannya pada John Cena di belakang pentas ekoran dari reaksi kayu Cena menerima pukulannya ketika dalam perlawanan di Extreme Rules.

Cena dalam perlawanan tersebut sepatutnya di usung keluar menggunakan stretcher, namun beliau bingkas bangun dan menyampaikan promo untuk menutup acara Pay Per View tersebut.

Ianya jelas merupakan hari yang mana Brock Lesner bukan lagi seorang penggemas kepada penggusti bernama John Cena pada malam itu.

Terdapat juga laporan yang menyatakan perseteruan di dunia nyata mereka berdua membawa kepada kemunculan semua Lesner ke WWE beberapa tahun selepas itu.

Terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa Lesner sememangnya tidak menyukai Cena sejak dari kemunculannya sehinggalah ke kemuncak kariernya.

Bahkan ada laporan yang menyatakan bahawa Brock Lesner sebenarnya sangat membenci Cena dan sama sekali tidak menggemarinya.

Lesner juga dilaporkan banyak menyampaikan cerita buruk tentang Cena kepada Vince McMahon, terutama sekali ketika Cena cuba untuk melakukan sesuatu hal yang positif.

Brock Lesnar jelas tidak senang dan tidak selesa bersama Cena ketika mereka berdua sama-sama beraksi di bawah jenama Smackdown.

Brock Lesnar dan John Cena bekerjasama di bawah jenama Smackdown pada tahun 2002/04.

Sebaik sahaja Lesner memenangi kejuaraan dunia WWE ketika menewaskan Kurt Angle di acara WrestleMania 19, beliau dengan segera mengakhiri perseteruannya dengan Cena.

Perkara itu membawa ke perlawanan antara mereka di acara Backlash pada tahun 2003. Cena tewas perlawanan tersebut dan Lesner jelas tidak begitu bekerjasama ketika perlawanan sedang berlangsung.

Namun pengakhiran tersebut hanyalah dari segi perseteruan antara mereka berdua sebagai penggusti utama di WWE, mereka kemudian sekali lagi bertemu di acara Survivor Series ketika Cena bergabung dengan pasukan Angle untuk bertemu pasukan Lesner pada tahun 2003.

5) The Undertaker

The Undertaker telah mengharungi karier yang cemerlang sepanjang hampir tiga dekad dan telah melalui perseteruan dengan ramai bintang lain di WWE dalam perjalanannya untuk bergelar legenda.

Salah seorang seteru yang sering dikaitkan dengan beliau adalah Brock Lesner. Ketika perseteruan pertama mereka pada tahun 2002, Lesner berjaya menewaskan Undertaker untuk mempertahankan sabuk kejuaraan dunia miliknya dalam perlawanan sangkar neraka.

Para peminat juga pastinya masih ingat bagaimana Undertaker mencabar Lesner untuk bertarung di gelanggang UFC 121 sebaik kekalahannya kepada Cain Velasquez.

Lesner jelas tidak senang dengan cabaran itu dan membuka cerita persengketaan antaranya dengan Undertaker di dunia nyata ketika dalam sesi temu bual bersama Ariel Helwani sebulan selepas itu.

“Sekali lagi, saya gembira bekerja dengan Mark di dalam gelanggang tapi saya dan dia…jadi, terdapat sesuatu perkara yang boleh saya katakan membuat saya menyampah!”

“Saya tidak tahu apa yang dia mahu lakukan. Mungkin dia cuba untuk berlawan. Saya tidak tahu sama ada dia di sana untuk berlawan atau apa atau dia berada di sana hanya untuk mendapatkan perhatian atau apa saya tidak tahulah.”

“Mereka semua ini(penggusti professional) adalah sebahagian dari kehidupan saya beberapa tahun lalu dan saya fikir mereka lihat saya berjaya di luar dari bidang yang mereka tak boleh lakukan…..”

“Saya benar-benar ada masalah dengan dia.”

Brock Lesnar kemudian kembali ke WWE dan telah mempunyai perseteruan yang panjang dengan The Undertaker.

Lesner kembali ke WWE pada tahun 2012 dan menyambung perseteruannya bersama Undertaker ketika menuju ke acara WretleMania 30.

Ketika di acara tersebut, Brock Lesner menjadi penggusti pertama yang menewaskan Undertaker di acara WretleMania selepas the DeadMan Walking itu mempertahankan rekod 21 kemenangan tanpa kekalahan sebelum ini.

Perseteruan itu berlanjutan sehingga ke tahun 2015 yang mana Lesner sekali lagi menewaskan Undertaker dalam perlawanan sangkar neraka.

Baca yang lain