Lima Penggusti Yang Menolak Tawaran WWE

WWE adalah syarikat wrestling terbesar di dunia, tetapi tidak semua ahli gusti mahu bekerja untuknya.

Beberapa nama terkemuka dalam perniagaan gusti telah ditawarkan peluang untuk bekerja bersama WWE sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi mereka telah menolak tawaran itu.

Tidak mudah untuk menolak tawaran lumayan yang ditawarkan oleh Vince McMahon, terutamanya bagi para gusti yang dianggap sebagai bakat terbaik di seluruh dunia.

Tetapi demi untuk kebebasan dan tidak terikat dengan jadual WWE yang gila. Serta mereka tidak mahu membataskan gaya bergusti mereka menjadi alasan untuk bintang gusti itu menolak tawaran lumayan dari WWE.

1) Zack Saber Jr.

Zack Saber Jr. adalah salah seorang peserta dalam kejohanan Classic Cruseirweight yang WWE adakan di WWE Network pada musim panas 2016.

Dia berjaya melakukan yang terbaik untuk dirinya sendiri, beliau tewas di peringkat separuh akhir kepada Naib Juara kejohanan Gran Metalik.

Walaupun dia berpotensi untuk memenangi kejohanan itu, Zack enggan menandatangani kontrak dengan WWE, yang dilaporkan mahu membawa dia meneruskan ke peringkat akhir, yang mana beliau akan bertemu Kota Ibushi.

Menurut laporan, Zack juga kemudian didekati oleh WWE dan menawarkan beliau untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan yang untuk merebut mahkota kejuaraan United Kingdom yang pertama, tetapi tawaran itu juga ditolak.

Wang sahaja tidak cukup baik, kerana dia juga mempunyai “matlamat lain” untuk 2017. Kurang dari 2 bulan kemudian, dia membuat kemunculan sulung di New Japan Pro Wrestling, di mana dia mengalahkan Katsuyori Shibata untuk memenangi Kejohanan Berat Heavyweight British RevPro.

Dia dibantu oleh anggota puak Suzuki-Gun, sebuah kumpulan yang membawa keributan di New Japan. 2 tahun kemudian, dia masih ahli kumpulan itu dan diketuai seorang lagenda Minoru Suzuki.

2) Marty Scurll

Marty Scurll telah menjadi bintang hebat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bergelut di seluruh Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jepun.

Antara pencapaian terbesarnya termasuk memenangi Kejohanan Heavyweight Junior IWGP dan mempertahankannya di dalam Kubah Tokyo dan menjadi ahli penting dalam Bullet club.

Beliau baru-baru ini mempunyai peluang untuk bekerja dengan WWE, yang menawarkan perjanjian bersama rakan-rakannya Kenny Omega dan Young Bucks, tetapi mereka semua menolak tawaran itu mentah-mentah.

Tiga daripada mereka berhijrah dan membina empayer baru di All Elite Wrestling, Marty menolak dan menandatangani perjanjian jangka masa panjang bersama Ring of Honor, serta menjadi  ketua kreatif. Jelas lebih banyak kuasa daripada yang dimilikinya dengan WWE, dan  mungkin AEW juga.

3) Kota Ibushi

Kota Ibushi adalah salah seorang peserta dalam kejohanan Klasik Cruiserweight, dan walaupun dia adalah penggusti kegemaran, Ibushi enggan menandatangani kontrak dengan WWE selepas kejohanan berakhir.

Sama seperti Zack Saber, Jr dan Gran Metalik, Ibushi akan memenangi perlawanan separuh akhir jika menerima tawaran WWE. Namun beliau memilih untuk menolak tawaran itu dan tewas kepada TJ Perkins.

Apa yang menariknya, tiga daripada empat orang terakhir yang ditinggalkan dalam Cruiserweight Classic sekarang bekerja dengan NJPW.

Zack Saber, Jr dan Kota Ibushi adalah bintang utama di New Japan dan TJP bergelut untuk banyak pertunjukan di Amerika Syarikat.

 

Salah satu sebab di balik keengganan Ibushi untuk menandatangani kontrak dengan WWE ialah dia hanya menyertai CWC untuk memperluas cakrawalanya dan mendapatkan lebih banyak perhatian pada gusti Jepun.

Ibushi sememangnya sukar untuk diikat oleh mana-mana syarikat tunggal gusti, beliau dilihat sebagai seorang freelancer untuk kebanyakan kerjayanya, terutamanya bekerja untuk promosi Jepun DDT dan New Japan.

Pada tahun 2019, beliau mengumumkan bahawa dia akhirnya akan menandatangani perjanjian jangka panjang dengan New Japan, dan dia merancang untuk kekal “sepanjang kariernya”.

Dia akhirnya memenangi kejohanan G1 Climax dan berada dalam salah satu acara utama WrestleKingdom tahun ini, pertunjukan terbesar dalam dunia gusti selain WrestleMania.

4) Kenny Omega

Pada akhir tahun 2018, WWE dilaporkan cuba mendekati Kenny Omega dengan menawarkan kontrak jangka panjang untuk menandatangani, tetapi dia menolak.

WWE nampaknya selain menawarkan wang yang lumayan mereka turut menjamin karier beliau di syarikat itu.

Dan kemungkinan beliau akan mendapat watak utama dalam main roaster.

Dan sekiranya beliau bersetuju untuk menyertai WWE beliau akan terus diserap ke “main roaster” tanpa perlu melakukan debut di NXT. Namun kawalan ke atas jalan cerita beliau akan menjadi masalah utama sekiranya beliau menyertai WWE.

Sesuatu yang dia ada di AEW adalah beliau akan berkhidmat sebagai Naib Presiden Eksekutif dan itu jauh lebih menarik dari apa yang telah ditawarkan oleh WWE.

New Japan tidak menawarkan kepadanya apa yang diinginkannya, WWE tidak menawarkan kepadanya apa yang dia mahukan, jadi dia dan kawan-kawannya meninggalkan New Japan, menolak tawaran dari WWE, dan mencipta syarikat mereka sendiri. Ia berfungsi dengan baik untuk mereka.

5) Will Ospreay

Will Ospreay adalah salah satu ahli gusti yang berprofil paling tinggi di dunia dan boleh dikatakan sebagai ahli gusti terbaik pada tahun 2019. Tahun yang hebat untuk beliau.

Beliau melakukan gaya gusti yang hebat, berisiko tinggi,dan beliau telah memperoleh nama panggilan ‘The Aerial Assasin’.

Bercakap dalam temu bual, Ospreay mendedahkan bahawa dia tidak berminat untuk menandatangani dengan WWE. Beliau menyatakan dalam temu bual itu dengan Chris Jericho, dan secara terbuka beliau meluahkan di laman Twitternya, beliau menyatakan bahawa hatinya terletak pada New Japan Pro Wrestling.

Beliau adalah penggusti utama didalam syarikat itu dan kini di tahun 2020 peranan beliau disana semakin besar.

WWE sudah mula memancing beliau dengan bersungguh sejak 2016 tetapi Ospreay tidak berminat dan memilih untuk tinggal di Jepun sepenuh masa dan tidak akan pergi ke mana-mana masa hadapan.

6) Nick dan Matt Jackson

Matt dan Nick Jackson, yang dianggap sebagai salah satu pasukan tag saudara terbaik yang pernah bekerja selama 15 tahun sebagai The Young Bucks.

Bersama rakan-rakan dan rakan perniagaan mereka yang terus mencipta All Elite Wrestling, Bucks dilaporkan menerima tawaran dari WWE.

WWE menawarkan Wang yang lumayan, menawarkan mereka terus ke “Main Roster” sama seperti tawaran yang diterima oleh Kenny Omega. Tetapi segala tawaran itu tidak menarik minat mereka untuk menyertai WWE.

Mereka semua lebih berminat untuk menyertai AEW berbanding WWE. Seperti Kenny Omega dan Cody, Young Bucks lebih memilih kebebasan dari kemewahan yang ditawarkan oleh WWE.

Persoalan sama ada WWE boleh menawarkan sesuatu yang lebih baik daripada yang mereka tawarkan. Jawapannya ternyata sangat tidak.

Baca yang lain