Limp Bizkit: Kisah Kegemilangan Dan Kejatuhan Kerana Fred Durst Terlalu ‘Selling Out’

Limp Bizkit pernah menjadi penguasa carta lagu di seluruh dunia pada satu ketika dahulu. Boleh dikatakan pada 1999 adalah kemuncak / peak untuk kumpulan ini. Limp Bizkit telah menjadi kumpulan rapcore rock muzik yang macam Korn tu. Limp Bizkit juga digelar kumpulan rapcore metal.

Mereka mempunyai segalanya untuk menjadi kumpulan berpengaruh di dunia ataupun mega stardom. Dari lagu yang menjadi siulan, gaya yang menjadi ikutan sehinggalah ke peminat fanatik yang ramai.

Salah satu kekuatan utama Limp Bizkit ialah orang depan mereka iaitu Fred Durst. Malah dikatakan, tanpa Fred Durst, Limp Bizkit tidak mungkin akan mendaki ke puncak secepat itu.

Mereka telah menjadi kumpulan penting dalam evolusi muzik rock moden pada lewat 90-an. Pergi ke mainstream antara langkah yang membuatkan mereka terus memacu laju. Mereka kumpulan yang banyak ditayangkan di MTV. Masa tu MTV channel tengah menikmati kemuncaknya juga.

Limp Bizkit terdiri daripada Fred Durst sebagai vokalis dan rappers, seterusnya, Wes Borland sebagai gitaris utama, Sam Rivers sebagai bassis, dan John Otto sebagai drum, serta DJ Lethal di meja turntables untuk memasukkan elemen hip hop pada masa itu.

Fred Durst adalah ketua band ini walaupun perangainya di luar sangat memualkan banyak pihak. Tetapi dia adalah figura yang sudah berada di tahap, dia buat apa sahaja dia suka. Kerana dia adalah produk jualan utama / main selling factor dalam kumpulan ini.

Pada era lewat 90-an dan awal 2000-an, tidak banyak band yang lebih besar dari Limp Bizkit. Mereka menempa kegemilangan dengan album Three Dollar Bill Yall, Significant Other serta Chocolate Starfish and the Hotdog Flavored Water.

Bahkan, sampaikan gitaris Slayer, Kerry King menyatakan bahawa dia tak tahu apa istimewanya Limp Bizkit ini? sampai orang suka sangat? Kenapa mereka perlu digelar sebagai band rock?

“Sekarang dah akhir dekad 90-an, aku tak faham kenapa Limp Bizkit diangkat sebesar ini? Itu membuatkan aku berfikir, aku dah hilang ghairah nak bermain muzik lagi. Aku rasa perkembangan muzik sekarang, sudah cukuplah, bodoh sangat. Aku sudah benci dengan muzik.”

Band ini meletus teruk di carta MTV dan juga di mana sahaja di dunia. Lagu hits seperti Faith, Nookie, My Generation, Break Stuff dan Rollin’ adalah siulan muda mudi dan juga dibawa ke mana sahaja muda mudi pada era discman dan walkman masa itu.

Fesyen seluar terlondeh, dengan topi besbol NY juga sangat sinonim dengan Limp Bizkit terutama sekali Fred Durst yang menjadi imej utama mereka / poster boy.

Fred Durst menentukan hala tuju kumpulan ini dengan caranya yang agak autokratik. Fred Durst juga bergabung dengan nama seperti Eminem yang menguatkan lagi kuasa mereka.

Cepatnya jatuh

Namun kumpulan ini kemudian jatuh dengan cepat sekali. Malah lebih cepat daripada mereka naik. Entah di mana silapnya? Ya Fred Durst.

Sikap Durst dikatakan menjadi sebab utama kejatuhan Limp Bizkit. Seterusnya, pemergian Wes Borland memburukkan lagi keadaan yang membawa kepada kejatuhan lebih pantas.

West Borland angkat kaki pada 2001. Walaupun Fred Durst menjadi kepala kepada kumpulan ini, namun genius sebenar adalah Wes Borland. Gitaris yang mencorakkan imejnya sendiri di dalam Limp Bizkit.

Borland dikatakan bosan dengan sikap Fred Durst yang semakin lama semakin selling out. Ataupun sanggup melakukan apa sahaja demi wang termasuk menjual prinsip dan falsafah band mereka sendiri demi menepati kehendak mainstream dan perhatian media.

Namun Fred Durst tidak menunjukkan ada konflik di antara mereka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Borland. Namun berlaku perang di myspace di antara kedua dua mereka. Yang akhirnya membongkar bahawa memang Fred Durst punca utama Borland angkat kaki.

Fred Durst menyerang Borland, bukan sahaja dalam Myspace, malah menerusi blog, lagu dan temuramahnya dengan wartawan.

Borland meneruskan projeknya sendiri dengan band Black Light Burns.

Tanpa Borland, Fred Durst akhirnya mengawal sepenuhnya band ini. Dan hala tuju muzik mereka telah berubah dengan drastik. Album seterusnya mereka – pada 2003 – Results May Vary – mendapat kritikan dari kiri dan kanan.

Lebih merisaukan, lagu cover Behind Blue Eyes telah dikecam hebat peminat Limp Bizkit sendiri walaupun dari segi komersial, ianya dianggap commercial succes, kerana popular di seluruh dunia.

Dan para peminat klasik rock telah menuduh Limp Bizkit merosakkan lagu tersebut dengan versi mereka. Kecaman teruk mulai terarah kepada Fred Durst yang semakin lama semakin terdedah sikap egonya sebelum ini. Peminat mulai membandingkan versi cover mereka dengan The Who yang dianggap cover yang lebih baik.

Kepulangan semula Wes Borland untuk mencari kegemilangan yang hilang

Selepas dikecam hebat, Fred Durst akhirnya mengumumkan kepulangan semula West Borland pada 2004. Namun pada fasa ini, para peminat sudah semakin jauh daripada band ini, kerana sikap Fred Durst sebelum ini yang dianggap syok sendiri. Dia mahu menjadi ‘Kurt Cobain’ yang menentukan Nirvana, tetapi dia gagal kerana sikapnya yang selling out.

Pada 2005, dalam konsert Summer Sanitarium Tour yang menampilkan Metallica, Korn dan Kid Rock,ada seksyen peminat mulai bersorak  ‘Fxck Fred Durst’ dan membaling sampah dan botol ke atas pentas ketika mereka melakukan persembahan.

Walaupun Durst memang antara showman yang sangat bagus, namun peminat mereka sudah terlalu marah kerana dia telah cuba menjadikan Limp Bizkit sebagai Fred Durst. Durst dianggap terlalu gilakan perhatian, dan sanggup melakukan apa sahaja demi motif peribadinya, termasuk membuang orang seperti Wes Borland.

Namun konsert tersebut tetap diselamatkan oleh persembahan bertenaga Fred Durst dan Limp Bizkit.

Selepas itu, Limp Bizkit terus hanyut dibawa arus. Kerosakan dilakukan Durst terlalu kuat sehinggakan dia sendiri tidak mampu memperbaikinya. Limp Bizkit terlalu ghairah mengejar peminat baharu dan kehilangan peminat lama mereka yang setia.

Terus mencuba

Pada 2005, mereka mengeluarkan album The Unquestionable Truth (Part 1) dalam usaha mereka mendapatkan semula hiatus mereka. Tetapi segalanya tidak menjadi.

Itulah kisah Limp Bizkit yang hanya ada pada nama pada hari ini. Fred Durst kemudian menceburi bidang perfileman dan berlakon dalam filem Population 436. Durst juga menumpukan bidang di belakang tadbir muzik  bersama dengan Interscope, label band mereka dahulu.

Selepas Limp Bizkit, Borland kembali menyambung projeknya bersama dengan Black Light Burns, termasuk melakukan remix untuk beberapa lagu metal. Sam Rivers menjadi produser, manakala John Otto meneruskan karier rapnya..

Pada 2011, Limp Bizkit bergabung semula dan mengeluarkan album Gold Cobra, album pertama yang mereka rakamkan bersama sejak 2004.

Reviu mereka terima agak berbelah bagi. Pengkritik menyatakan ianya album yang bagus dari segi sususan audio, namun pada masa yang sama tidak menggemari gaya vokal Fred Durst dan lirik mereka.

Album tersebut memasukkan elemen ala ala throwback Limp Bizkit pada awal kemunculan mereka dahulu dengan rock dan rap. Ramai juga peminat mereka menerimanya kerana mereka mahu menjadikannya kenang kenangan dengan band yang pernah buatkan mereka bangga dan marah satu ketika dahulu.

Gold Cobra berjaya mencapai kemuncak dalam  carata album Billboard 200 di tangga ke-16 walaupun hanya terjual 63k salinan selepas 6 bulan dikeluarkan.

Pada akhir tahun 2011, Limp Bizkit disingkirkan oleh Interscope. Durst berkata: “Akhirnya kami berjaya keluar daripada label kami dan kini boleh menjadi independent.”

Limp Bizkit kemudian menandatangani kontrak dengan syarikat Cash Money Records, yang menjadi syarikat menerajui penyanyi rap seperti Lil Wayne, Drake dan Nicki Minaj.

Pada Julai 2013, Limp Bizkit mengeluarkan single Ready to Go dengan penampilan istimewa Lil Wayne. Sekali lagi lagu ini agak suam suam kuku.

Sumber rujukan
MTV
Spindity
MetalInjecttion

 

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan