Pemain badminton perseorangan terhebat China, Lin Dan telah memberikan penghormatan kepada musuh nombor satunya, Datuk Lee Chong Wei.
Dalam sukan, ada seorang atlet yang hebat juga memerlukan seteru yang hebat untuk membantu mereka berada di kemuncak dan tidak leka.
Juara Olimpik dua kali, baru-baru ini mengumumkan persaraan beliau dari dunia badminton antarabangsa. Lin Dan dianggap antara atlet terbaik dalam sejarah sukan dunia.
🏸 Badminton legend and two-time 🥇 @Olympics champion Lin Dan has retired from the sport! 🔝 👏https://t.co/Wr6veBxHeI pic.twitter.com/vRmWnPRaIt
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) July 4, 2020
Perseteruan dua ikon ini adalah kisah cinta badi dunia badminton. Bertemu sebanyak 40 kali dengan majoritinya dimenangi oleh Lin Dan. Lee Chong Wei hanya mampu memenangi 12 dari keseluruhan pertemuan.
Sebilangan besar perlawanan, termasuk dua final Olimpik dan dua Kejuaraan Dunia, bertempur dengan sengit, dengan 22 pertemuan berlanjutan hingga rubber set.
Lin Dan memberitahu rakan senegara dan legenda ping pong, Deng Yaping semasa temu bual baru-baru ini bahawa persaingannya dengan Lee Chong Wei mendorong beliau untuk menjadi pemain yang kita kenali, berkelas dunia.
Lee Chong Wei, Taufik Hidayat, Lin Dan and Peter Gade have retired
The end of an era pic.twitter.com/M9vmKoei1N
— 🇲🇾 Nas 🇲🇾 (@nas__lea) July 4, 2020
“Kadangkala, mempunyai lawan yang hebat lebih penting daripada jurulatih. Ketekunan dan kekuatannya akan mendorong anda. Apabila anda menganggapnya “okay”, dia akan membuat anda meningkatkan tahap kepada yang lebih tinggi,” Lin Dan menambah.
“Dia seorang ahli sukan yang hebat. Dia berlatih sangat keras setiap hari untuk berada dalam keadaan terbaik sehingga dia dapat mengalahkan saya dan menjadi juara.”
Farewell from Lee Chong Wei to Lin Dan, the greatest ever rivalry in the history of badminton. pic.twitter.com/Mhv8O0mBqd
— Badminton Talk (@BadmintonTalk) July 4, 2020
Lee Chong Wei, yang menggantung raketnya pada bulan April tahun lalu menyebut Lin Dan sebagai pemain badminton terhebat sepanjang zaman dan berkata dia sangat obses untuk mengatasi musuh ketatnya itu.
Lin, yang telah memenangi semua gelaran utama termasuk Seluruh England, Sukan Asia, Piala Thomas dan Piala Sudirman, menambah: “Untuk menghadapi lawan yang kuat dan hebat menjadikan karier Grand Slam saya lebih memuaskan.”
Chinese Badminton legend Lin Dan announced retirement after 20 years of professional career.
2x Olympics Gold Medalist
5x World Champion
5x Asian Games Gold Medalist
6x Thomas Cup Champion
5x Sudirman Cup Champion
Career Record: 666-128 pic.twitter.com/DKufMCy6ZW— Falken Sports (@falken_sports) July 4, 2020
Lin Dan juga mendedahkan pasangan itu akan berbual di telefon usai pertempuran mereka. “Ketika pertama kali bertanding pada umur 17 atau 18 tahun, persaingan sangat sengit. Selepas perlawanan, kami saling menatap dengan muka bengis, ”katanya.
“Setelah bertahun-tahun bertempur, kami sudah berkeluarga dan mempunyai anak, kami melihat sesuatu dengan lebih matang. Sudah tentu, semasa perlawanan, kami masih bersemangat untuk mengalahkan satu sama lain, tetapi selepas itu, tidak kira menang atau kalah, kami akan menukar pesanan teks melalui WeChat. ”
Sumber: BWF