Lineker: Sebab Insiden Macam Lukaku Inilah Pemain Suka Diving

Gary Lineker mengkritik pengadil yang tidak memberikan sepakan percuma kepada Belgium ataupun memberikan kad kuning kepada pemain Portugal yang menarik baju Lukaku.

Lukaku menolak untuk menjatuhkan diri ketika bajunya ditarik, dan meneruskan larian. Dalam beberapa saat kemudian Belgium hilang bola.

Jika pengadil memberikan advantage, pengadil seharusnya memberikan sepakan percuma kepada Belgium ketika pasukan itu kehilangan bola dalam beberapa saat daripada insiden itu.

Ataupun ada sesetengah pengadil akan memberikan kad kuning kepada pemain Portugal iaitu Palhinha yang dengan jelas melakukan tactical foul.

Tetapi itu tak berlaku. Lukaku terpinga pinga dengan keputusan pengadil. Para pemain Belgium juga kehairanan. Kenapa mereka tidak diberikan sepakan percuma untuk foul yang lebih awal.

Lineker menyatakan, itulah sebab ramai pemain hari ini akan mudah dive dalam keadaan tersebut. Kerana seringkali pengadil tidak akan menghukum kesalahan pemain lawan ketika mereka kehilangan advantage itu.

Lineker menerusi Twitternya berkata: “Lukaku telah ditarik, dan menolak untuk menjatuhkan diri, dan kemudian tidak mendapat sepakan percuma [selepas Belgium hilang bola], adalah sebab sebenar kenapa pemain dive. Pengadil harus memberikan habuan kepada kejujuran jika mahu keadaan berubah.”

Belgium menang 1-0 ke atas juara bertahan Portugal hasil jaringan Thorgan Hazard. Portugal terpaksa pulang lebih awal kerana ketumpulan mereka.

Portugal melakukan 23 percubaan ke arah gol, namun tak satu pun masuk.

Sebaliknya Belgium hanya ada 6 percubaan dan satu sahaja percubaan tepat.