Lineker Sokong Real Madrid Selepas Dortmund Jalin Kerjasama Dengan Pembekal Senjata Api Kepada Negara Haram

Gary Lineker menyatakan bahawa dia tak akan menyokong Borussia Dortmund pada aksi final UCL menentang Real Madrid.

Lineker menulis: “Pertama kalinya saya sokong Real Madrid menang UCL”.

Seperti diketahui ramai, Lineker merupakan bekas pemain Barcelona.

Namun dia akan menyokong Real Madrid dalam final hari ini.

aku

Ini selepas kelab itu menjalin hubungan kerjasama dengan syarikat pembekal senjata api.

Menurut laporan The Athletic.

Borussia Dortmund telah menandatangani kontrak tajaan dengan pembekal senjata api Rheinmetall.

Logo syarikat senjata api itu akan dipaparkan pada produk rasmi Dortmund menjelang aksi final UCL menentang Real Madrid pada 1 Jun dan akan dipaparkan pada papab iklan dalam stadium ketika sidang media. Namun logo syarikat itu tak akan ditayangkan pada jersi  pemain.

Kelab Jerman itu menyatakan bahawa kesepakatan itu membolehkan Rheinmetall akan menggunakan ruang iklan gergasi, hak publisiti, acara dan kemudahan lain di dalam stadium serta di padang.

Ini juga pertama kali kelab Bundesliga bekerjasama dengan syarikat senjata api dan pertahanan.

Pengumuman perjanjian itu pada hari final UCL hasil perbincangan proaktif untuk memastikan rundingan dicapai sebelum final UCL.

Namun Gary Lineker kecewa dengan berita itu dan berkata dia akan menyokong Real Madrid untuk final kali ini.

Hal ini kerana sebuah kelab bola sepak yang dikenali sebagai kelab yang gah menyokong golongan pekerja dan marhaen, Borussia Dortmund menjalinkan kerjasama dengan syarikat yang menyediakan teknologi untuk peperangan.

Lebih mengecewakan apabila Rheinmetall merupakan syarikat yang membekalkan senjata api untuk puak bintang biru ketika melakukan genosid di G@za.

Peminat lain turut mengkritik tindakan Dortmund yang dianggap tidak relevan untuk sebuah kelab bola sepak jalin kerjasama dengan syarikat senjata api.

Namun ramai juga peminat Dortmund menyokong dengan menyatakan bahawa jika Dortmund sebagai kelab bola sepak dianggap tak relevan dapat tajaan syarikat senjata api, bagaimana pula kelab yang mendapat tajaan syarikat judi.

Yang lain menulis: “Hilang satu sokongan, raih lebih ramai sokongan.”