Jesse Lingard sebelum ini digantung lesen memandu di UK selama 18 bulan kerana memandu dengan melebihi had laju dan dalam keadaan mabuk.
Di Korea Selatan, Lingard kini berdepan dengan hukuman yang sama. Cuma kes lebih pelik kerana kesalahannya kali ini melibatkan skuter elektrik atau e-bike.
Di Korea Selatan, setiap pengguna skuter elektrik perlu ada lesen memandu yang sah untuk mengendalikan kenderaan kecil itu.
Jika didapati bersalah, Lingard berdepan dengan hukuman berat digantung lesen memandu antarabangsanya.
Jesse Lingard mungkin tidak cakna tentang peraturan lesen memandu di Korea Selatan. Kerana di kebanyakan negara, menggunakan skuter elektrik seperti itu tidak memerlukan lesen.
Seterusnya, Lingard yang dipercayai sudah mabuk mahu menunjukkan bahawa dia tidak memandu kereta untuk pulang. Dan hanya menunggang e-bike. Malangnya, dia tidak sedar bahawa tidak memiliki lesen untuk skuter dan membawa skuter elektrik juga satu kesalahan.
Di Korea Selatan peraturan itu diperketatkan untuk menjaga keselamatan pejalan kaki.
Lingard berkongsi siaran dia menunggang skuter elektrik itu di media sosial. Kemudian ramai netizen memberikan komen bertanya sama ada Lingard sudah ada lesen atau tidak. Lagipun ketika dia memandu skuter itu dia kelihatan sedang dalam pengaruh alkolhol.
Lingard segera memadamkan unggahan tersebut daripada laman media sosialnya. Namu polis Korea Selatan sudah memulakan siasatan kerana ada laporan polis dibuat oleh netizen yang mengesyaki Lingard memandu skuter elektrik itu dalam keadaan mabuk.
Di Korea Selatan, warga asing yang melanggar peraturan lalulintas memandu kenderaan dalam keadaan mabuk akan berdepan hukuman berat iaitu digantung lesen antarabangsa mereka daripada memandu di negara itu lagi.