Bagi peminat Manchester United mesti korang sudah dengar berita ini kan. Di mana Jesse Linagrd sedang menjalinkan pertalian dengan musuh United pada ketika itu.
Jesse Lingard dilaporkan sudah melantik Mino Raiola sebagai ejen baharu beliau. Ini kerana Lingard mahukan kontrak lebih baik.
Lingard ni, sebenarnya sudah ditawarkan kontrak baharu. Ada kenaikan gaji pada kontrak itu. Namun dia meminta lebih tinggi.
Tawaran itu sudah diajukan kepada Lingard bulan lepas lagi.
🚨 Manchester United have officially opened talks with Jesse Lingard’s representatives over a new contract. Ole Solskjær wants the English midfielder to sign a new four-year deal as part of the British core instilled at the club. 🏴 pic.twitter.com/0Y7MICk6qK
— 360Sources (@360Sources) December 11, 2019
Hal ini kerana Lingard merasakan ia tak adil disebabkan pemain seperti Luke Shaw, Martial, Rashford dan De Gea mendapat kenaikan yang tinggi seperti mereka minta.
Lantas Lingard telah melantik ejen baharu yang mampu mendapatkan beliau apa yang beliau mahukan.
Dan orang itu adalah Mino Raiola. Kebetulan pula si Raiola ini sedang mencari pemain Inggeris berbakat untuk diserap ke dalam agensinya.
LINGARD NEW CONTRACT? WE MOVEEEEEEE pic.twitter.com/NZ4idJKyqO
— 𝐭𝐫𝐢𝐧 #FTForLebanon 🇱🇧 (@linqards) September 10, 2019
Raiola mahu memperluaskan lagi jaringan agensi yang beliau miliki ketika ini.
Lingard dianggap calon yang bagus kerana pemain itu pemain kebangsaan England.
Berita ini sebenarnya telah membangkitkan persoalan. Adakah Lingard mahu keluar daripada United? Hal ini kerana Lingard melantik ejen yang kini sedang berperang dengan Man United.
Manchester United forward Jesse Lingard will now be represented by super-agent Mino Raiola. 🤝🔴
Follow all the latest #TransferTalk in our live blog below or watch Good Morning Transfers on Sky Sports News now!
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 6, 2020
Ole sendiri sampai cakap kat media bahawa beliau terkejut dengan sikap Raiola yang menyatakan Pogba tak membangun kerana salah kejurulatihan di Manchester United.
Raiola kecewa dituduh menjadi sebab utama kegagalan perpindahan Erling Haaland, kerana cubaan beliau memasukkan klausa pelepasan yang berat sebelah.
Roila suda mengisytihar tidak akan bekerjasama dengan United lagi. Sebelum ini Raiola memberikan United pemain seperti Pogba, Ibrahimovic dan Henrik Mkhitaryan.
Tinggal Pogba sahaja pemain Raiola di United. Itupun Raiola sedang berusaha mengeluarkan Pogba dari pasukan itu.
Jesse Lingard is teaming-up with super agent Mino Raiola and could leave Manchester United.https://t.co/sD6nfLVNjs
— SPORTbible (@sportbible) January 6, 2020
Lingard masih ada kontrak tinggal setahun lagi. Dan masih tidak setuju dengan tawaran yang ada di atas mejanya.
Lingard berharap Raiola dapat membantunya memberikan tekanan kepada United untuk memberikannya pakej yang lebih baik daripada apa yang sedang ditawarkan ketika ini.
Ataupun
Mencarikannya kelab yang lain
Lingard juga mahu menaikkan semula prestasinya untuk bermain dalam Euro akan datang.
Lingard merupakan pemain akademi Man United. Dan beliau sudah bermain hampir 200 perlawanan untuk United. Selain itu Lingard memiliki 24 kaps kebangsaan dengan England.
Beliau menjadi pemain penting England dalam kempen Piala Dunia 2018.
Trending: Jesse Lingard fuels Manchester United exit rumours by teaming up with Paul Pogba’s agent Mino Raiola https://t.co/rX7TR0Os7S
— Man United News Now ⚽️ (@MUnitedNewsNow) January 5, 2020
Namun apabila kembali ke kelab, beliau merudum. Pada 2019, musim paling teruk Lingard. Tanpa gol dan assist di EPL.
Akibat Lingard yang melengahkan lanjutan kontraknya, Man United dilaporkan mahu menggunakan pemain itu sebagai sebahagian pakej untuk mendapatkan James Maddison. Alamak.
Jadi apa pandangan fans United? Adakah korang ok dengan perkara ini? Dan jika benar Lingard mahu menggunakan Raiola mencapai kehendak peribadinya untuk kontrak lumayan, macamana pula?
United sebelum ini berusaha untuk mengekalkan Lingard atas kuota pemain homegrown. Lebih lebih lagi Lingard merupakan produk akademi mereka.