Lingard Masuk Kelas Lakonan Untuk Jadi Pelakon Komedi Selepas Ini

Jesse Lingard telah menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang pelawak dan pelakon selepas kerjaya bola sepaknya selesai ataupun bersara kelak.

Pemain tengah ofensif berusia 30 tahun itu, yang menandatangani perjanjian setahun dengan pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest musim panas lalu, merupakan tetamu terbaru di podcast The Diary Of A CEO Steven Bartlett.

Dalam perbualan selama 75 minit dengan hos Bartlett, Lingard menyentuh pelbagai perkara, termasuk kehidupan di Manchester United.

Dia juga bercakap tentang cita-citanya yang jauh lari daripada bidang bola sepak, termasuk matlamatnya untuk menjadi seorang pelakon dan bintang dalam filem komedi suatu hari nanti.

Selepas ditanya apa yang dia mahu lakukan selepas bola sepak, Lingard berkata: “Saya mahu menceburi bidang lakonan. Mungkin mula melakukan sedikit kerja alih suara, untuk filem animasi. Tetapi saya perlu mengikuti kelas drama – saya belum selesai untuk kelas itu lagi.”

“Saya sangat sukakan filem. Saya sentiasa menjadi peminat tegar filem.”

“Dan untuk terlibat senduri dalam filem atau siri akan menjadi sesuatu yang sangat menakjubkan.”

“Saya benar-benar perlu berada di dunia produksi di bahagian drama.”

“Namun saya benar-benar teruk dengan skrip, jujur saya cakap.”

“Oleh itu, saya fikir saya akan bermula dalam komedi dahulu.”

Ditanya tentang watak idamannya, dia mahu menjadi pelakon utama dalam filem seperti Interstellars dan juga Inceptions.

Tetapi Lingard menganggap ianya bukan mudaj dan dia sedia untuk bermula dengan peranan lebih kecil.

Dia menambah: “Dan kemudian apabila anda melihat Interstellars dan Inceptions – ianya adalah sejenis peranan yang macam tu la yang saya mahukan Tetapi itu akan mengambil masa. Anda tidak akan dipilih secara terus – mungkin memainkan peranan yang kecil.”

“Dengan bekerja dalam sebuah syarikat media, saya mempunyai banyak perkara dalam senarai. Dan saya berharap mahu menamatkan karier bola sepak di LA.”

Lingard turut berharap dia akan mendapat lebih banyak minit permainan pada musim ini.

Lingard menegaskan dia sangat sayangkan Manchester United namun terpaksa meninggalkan kelab itu demi mengejar minit permainan.

Lingard masih menaruh harapan bahawa dia akan kembali ke dalam pasukan kebangsaan England.

Itulah sebabnya dia menyertai Forest. Lingard pemain yang dianggap masa depan untuk Manchester United satu ketika dahulu, tidak dapat memenuhi harapan yang tinggi ke atasnya.

Namun dia tetap berjaya menikmati karier yang baik.

Baca yang lain