Lionel Messi rasminya menjadi pemenang Ballon d’Or 2023 yang merupakan kelapan dalam sejarah kariernya yang luar biasa. Messi kini telah meninggalkan pemenang kedua terbanyak Cristiano Ronaldo dengan beza 3 Ballon d’Or.
🔥🔥🔥🔥🔥🔥 pic.twitter.com/QIMBqVbWwW
— @MrsAndy (@MrsAndy73529976) October 30, 2023
Ronaldo memenangi 5 Ballon d’Or setakat ini dan tiada dalam senarai 30 akhir kali ini.
Messi memang sudah dijangka akan memenangi anugerah bola emas itu pada kali ini walaupun mendapat saingan sengit daripada Erling Haaland dan Kylian Mbappe.
Messi berjaya mengatasi Haaland dan Mbappe yang masing masing berada di tangga kedua dan ketiga di belakang kapten Argentina itu.
Selain daripada kejayaan menjulang Piala Dunia’ 2022 bersama Argentina, Messi turut memenangi Ligue 1 bersama PSG musim lalu.
Namun kisah dia mengetuai Argentina menjulang Piala Dunia 2022 telah membuatkan ramai pihak menganggap ianya syarat penting yang membuatkan Messi menjadi pemenang edisi kali ini.
Walaupun dianggap sebagai GOAT dalam bola sepak oleh media, Messi tetap merendah diri dengan berkata: “Saya selalu kata yang saya tak yakin sama ada saya yang terbaik sepanjang zaman. Tetapi jika saya dianggap antara yang terbaik itu adalah hebat sekali.”
🎙️ Leo Messi:
“I don't know if I'm the best player in history or not… but to be among the best is a great honour”
Brother, you just won your EIGHTS BALLON D’OR 😭pic.twitter.com/sECv7Gv3Vu
— Sara 🦋 (@SaraFCBi) October 30, 2023
Messi turut mendedikasikan kemenangan Ballon d’Or beliau kali ini kepada mendiang Diego Armando Maradona.
“Akhir sekali saya nak menyebut nama Diego Maradona, kerana hari ini harijadinya. Di mana sahaja kami berada Diego, selamat harijadi buat kamu, tiada tempat lebih baik daripada ini [pentas Ballon d’Or ] untuk mengucapkannya,” tegas Messi yang turut menjadikan Maradona sebagai inspirasinya untuk membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 yang lalu.