England bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Slovakia dalam aksi pusingan 16 akhir.
Pada satu ketika England sudah melihat pintu semakin tertutup. Tetapi lipatan ajaib daripada Bellingham membantu England menyamakan
Gareth Southgate sekali lagi menurunkan Kobbe Mainoo di tengah bergandingan bersama dengan Declan Rice.
Mainoo menjadi pemain terbaik England pada separuh masa pertama di kala beberapa nama besar lain bergelut untuk memberikan impak.
England ketinggalan awal dalam perlawanan ini menerusi gol oleh Schranz setelah pertahanan England tidak keruan di dalam kotak penalti.
England kemudian bergelut dengan teruk untuk mencari gol penyamaan.
Pada awal separuh masa kedua Foden telah mencetak gol penyamaan. Namun dibatalkan kerana ofsaid.
Setelah berhempas pulas mencari gol penyamaan, akhirnya pemain Real Madrid, Jude Bellingham menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir awal dengan gol libasan gunting cantik minit ke-90+5.
Jude Bellingham. 🖼️✨ pic.twitter.com/uVOFvvVGBm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 30, 2024
Ianya detik sangat mencemaskan untuk England. Dengan Jude Bellingham kelihatan hampir menangis kerana kelegaan dapat menyelamatkan 3 Singa daripada balik awal.
Pada masa tambahan 30 minit, Harry Kane berjaya menambah gol untuk England hanya selepas seminit perlawanan dimulakan.
Slovakia hampir mendapat gol namun gagal melakukannya ketika pemain mereka berjaya mencipta peluang gol cantik.
Tamat perlawanan, England akan mara ke suku akhir Euro 2024.