Liridon Ke JDT, Ini Profil Teknikal Dan Style Of Play Beliau

Dah rasmi Liridon akan ke JDT. Ini sedikit informasi ringkas tentang Mat Don. Segalanya sudah rasmi.

Dan majlis pengumuman Mat Don dibuat sebentar tadi.

Kali ni aku cerita ringkas tentang profil Mat Don secara teknikal. Rasanya ramai dah tahu style of play Mat Don. Jadi anggap ini sebagai ulangkaji.

Posisi

Pemain ini bermain di posisi tengah dan boleh bermain di mana sahaja dengan syarat di tengah.

Beliau adalah no.8. Namun posisi secondary beliau adalah no.10 dan no.6.

Lebih rasa dia adalah no.8. Jika beliau naik ke 10 ataupun kurang ke 6, impak beliau tak sama dengan nombor 8.

Umur dan peak

Liridon baru berusia 27 tahun. Dari segi peak beliau sedang berada pada peak sepatutnya.

Namun ia bukan jaminan beliau berada dalam peak kerana musim lalu sangat sedikit minit perlawanan.

Jenis pemain / type of player

Box to box – Pemain yang suka terlibat dalam aksi yang banyak di seluruh padang. Dan boleh bertahan dan menyerang dengan baik.

Beliau memiliki energy yang bagus di dalam perlawanan terutama sekali dalam big game.

Style of play

Lebih kepada ball carrier. Beliau gemar menggelecek dan menewaskan lawan dengan take ons.

Seterusnya, Mat Don gemar untuk berada dekat dengan kotak penalti. Semakin dekat beliau dengan kotak penalti, semakin efektif permainan beliau.

Hantaran

Beliau pemain yang sukakan hantaran satu dua. Suka menerima bola dan menghantar dengan bola rendah.

Namun lebih cenderung kepada overplay berbanding dengan menghantar segera kepada rakannya.

Kekuatan utama

Pemain ini pemain jenis menggelecek. Itu adalah aset utama beliau. Beliau boleh menjadi pemain yang penting dalam transisi kerana keupayaan beraksi sebagai box to box.

Beliau boleh menjadi playmaker di zon serangan sebagai no.10 ataupun no.8.

Seterusnya ialah keupayaan menjadi extra man di zon serangan. Beliau boleh membantu penyerang dalam kotak penalti.

Liridon juga ada kreativiti dan visi permainan yang baik. Namun ini bukan kekuatan utama beliau. Ia kekuatan tambahan.

Di mana posisi beliau di JDT?

Lebih kepada no.8 sebagai posisi utama. JDT di bawah Mora suka menggunakan sistem 4-3-3 dengan double pivot.

Liridon akan berkembar dengan pemain seperti Leandro, Natxo ataupun Afiq Fazail di no.8. Begitu juga dengan Syafiq Ahmad..

Namun beliau juga boleh menjadi back up kepada posisi no.6.

Tentang Afiq Fazail, rasanya pemain ini akan lebih fight posisi no.6 selepas ini selepas Natxo Insa cergas. Afiq juga membuktikan dia boleh bermain sebagai no.8 yang bagus.

Kelemahan Mat Don

Rasanya patut letak tabiat buruk pemain la kan. Susah pula cakap kelemahan ni. Korang faham kan maksud aku.

Beliau ada satu tabiat buruk, selepas ‘makan’ (dribbling melepasi) seorang pemain, beliau akan teruja untuk makan lebih.

Di Kedah beliau adalah core kepada sistem. Namun di JDT beliau pastinya dalam proses intergrasi dengan pasukan baharu yang gemarkan bola dihantar cepat.

Seterusnya adalah extra touch pada masa yang tak perlu. Ianya berkait rapat dengan yang di atas. Namun jika mereka berjaya menjelmakan produk akhir seperti gol dan assist ia akan nampak sangat cantik. Nama pun fancy play.

Adakah Liridon good signing?

Sukar nak menilai sebab musim lalu beliau boleh dikatakan 1 season miss. Ada la dia main sikit.

Tidak berani nak cakap dia ni good signing ataupun bad signing.

Dari segi umur dan posisi yang dia cover, ini boleh dikatakan good signing. Lepas tu, dengar tadi Mora cakap dia adalah pemain lokal. So itu pun satu kelebihan dah.

Cuma Lebih menunggu bagaimana aksi beliau dalam aksi pra musim. Nanti kita akan kecek semula tentangnya.

Rumusan

Mat Don ada cabaran besar untuk membuktikan dirinya cukup bagus untuk memenuhi ekspektasi ke atasnya.

Sebelum ini ramai juga bintang import yang menyerlah di pasukan lain dan proven di MSL tetapi gagal untuk memanjangkan hayat karier mereka lebih lama di JDT.

Memang Mat Don status lokal, tetapi saya tak rasa gaji dia ‘lokal’. Beliau tetap dinilai berdasarkan kualiti pemain import.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan