Lisa Manoban merupaka penari, penyanyi dan rapper dari Thailand. Beliau merupakan anggota kumpulan K-pop Blackpink.
Kariernya dalam dunia k-pop bermula pada awal remaja. Menyertai audition YG Entertainment ketika berusia 14 tahun lagi.
Lisa Manoban lahir dengan Pranpriya Manoban pada 27 Mac 1997 di Bangkok Thailand.
https://twitter.com/lalisafenty/status/1243177304035131394
Lalisa dibesarkan ibunya bersa ayah tirinya, Marco Brueschweiler yang merupakan Master Chef Swiss yang diperakui oleh World Chef Association.
Namun namanya kemudian ditukar kepada Lalisa kerana kepercayaan keluarganya kepada nama itu lebih sesuai dan lebih baik untuknya — atas nasihat tukang tilik.
Di kalangan kawannya Lisa cuma dipanggil Liz ataupun Pokpak. Dan nama pentasnya adalah Lisa.
Lisa merupakan anak sulung dalam keluarganya. Mulai meminati muzik sejak di ba ngku sekolah lagi dengan rakannya ketika kecil BamBam.
BamBam adalah ahli kumpulan Got7.
Selepas lulus audition di Thailand, pada usia 14 tahun — memenangi tempat pertama ketika itu — Lalisa dijemput untuk menyertai akademi YG di Korea Selatan.
Lisa terus berpindah ke sana pada usianya sangat muda pada 2011.
Memahami minatnya yang mendalam di dalam dunia seni muzik, ibu bapanya memberikan sokongan kepadanya.
Lalisa menjadi artis YG Entertainment yang pertama bukan berbangsa Korea ataupun dari Korea Selatan.
Lisa berlatih selama 5 tahun sehinggalah graduasi pada 2016 dan diserap ke dalam Blackpink. Sepanjang tempoh dia berlatih, Lisa juga terlibat dalam banyak projek dengan artis lain termasuk klip video Teayang.
Lisa dan Blackpink merilis album debut ‘Square One’ pada Ogos 2016. Album yang turut memuatkan lagut hits seperti ‘Whistle’ dan ‘Boombayah’.
Lagu mereka berjaya masuk kepada ‘Billboard World Digital Songs’ dan bertahan sebagai juara carta untuk beberapa minggu.
Blackpink juga turut dianggotai oleh Kim Jennie, Rose, dan Kim Jisoo.
Kepoweran Blackpink dikuatkan lagi dengan single hits ‘Dhu-du Dhu-du’ yang menjadi popular di global.
Dalam masa 24 jam dirilis di YouTube lagu tersebut mendapat lebih 36 juta tontonan dan dicalonkan dalam kategori ‘Video of the Year’ di ‘Break Tudo Awards.’
Selain daripada kariernya dengan Blackpink, Lisa juga berjaya sebagai seorang peragawati.
Beliau pernah muncul dalam majalah Nylon di Jepun pada 2018.
Lisa berhaya mendapatkan kontrak dengan jenama kosmetik Korea Selatan Moonshot, dan menjadi duta jenama itu di China.
Bukan itu sahaja, Lisa dan Blackpink berjaya mendapatkan kontrak sebagai dua Samsung Galaxy.
Seterusnya permainan video Ragnarok M: Eternal Love menggunakan Lisa sebagai model mereka.
Pada Januari 2020, Lisa mendapat kontrak daripada Adidas’s SS20 dan Shelter.
Banyak lagi jenama lain yang bekerjasama dengan Lisa termasuk Celine, Penshoppe.
Lalisa sangat berpengaruh. Pada April 2019, Lisa menjadi idola K-pop yang paling diikuti di Instagram, dengan 17.4 juta pengikut pada masa itu.
Lisa pernah muncul dalam majalah Harper’s Bazaar Thailand Mei 2019 — dan kesemua 120,000 salinan bercetak dalam stok telah dijual — malah ada yang membeli dari luar negara.
Majalah tersebut biasanya mencetak 30,000 salinan sahaja untuk satu isu.
happy birthday to cute funny baby lisa only
OUR PRIDE LALISA#LalisaManobanDay#327WishesForLalisa#우리의_별_리사_생일축하해@ygofficialblink pic.twitter.com/8bMNNAM3Qa
— 𝐛𝐥𝐜𝐤|𝐩𝐢𝐧𝐤 (@blckpinkloops) March 26, 2020
Sehingga ke hari ini Lalisa masih belum menemui kekasih hatinya. Dia pernah berkata, dia mahu mencari lelaki yang lebih berusia daripadanya dan matang.
Sebab tu dalam lirik Boombayah, Lisa berkata: “I don’t want a boy I need a man”