Pemain antarabangsa Argentina yang juga merupakan bek tengah penting Manchester United, Lisandro Martinez telah mengalami kecederaan ketika aksi berdepan Sevilla pada suku akhir UEL baru baru ini.
Martinez diusung keluar padang oleh rakan senegaranya yang bermain untuk Sevilla.
🎥 The clip of #Acuna and #Montiel with #LisandroMartinez 💗
— Argentina Latest News (@LatestTango) April 14, 2023
Kini Man United mengumumkan bahawa pemain itu mengalami kecederaan di bahagian metartasal. Dan akan membuatkan pemain itu terpaksa berehat sehingga ke akhir musim.
Namun Manchester United optimis bahawa Martinez akan pulih sepenuhnya menjelang permulaan musim baharu.
Impak kepada pertahanan Man United
Ketiadaan Lisandro Martinez pastinya berita buruk buat Man United. Ini kerana dia telah menjadi pemain penting di barisan pertahanan pasukan Red Devils.
Martinez merupakan pilihan utama Erik Ten Hag untuk dipasangkan dengan Raphael Varane – sejak pemain itu tiba dari Ajax.
Jadi kini Man United harus berdepan dengan impak kehilangan yang ditinggalkan oleh The Butcher dari Argentina itu.
Lihat sahaja ketika berdepan Sevilla, ketiadaan Martinez membuatkan Man United hilang arah di barisan pertahanan dan melepaskan 2 bolos pada minit akhir perlawanan.
Man United masih berjuang dalam dua lagi pertandingan piala dan perebutan tempat ke Liga Juara Juara Eropah musim akan datang.
Peluang untuk Maguire
Ini adalah peluang terbaik untuk Harry Maguire menyerlahkan dirinya. Dalam aksi berdepan dengan Sevilla dia melakukan 1 jaringan sendiri yang sebenarnya daripada situasi bola terbias pada badannya.
Minggu sebelum ini Erik Ten Hag memuji Harry Maguire yang menurutnya banyak menunjukkan peningkatan dalam corak taktikal ketika di pusat latihan.
Maguire juga dianggap sangat profesional sepanjang dia menjadi pemain sandaran ataupun back up.