Lisandro Martinez Hentam Balik Scholes Sebagai ‘Mamat Suwey’

Bekas pemain tengah Manchester United, yang juga legenda kelab, Paul Scholes, memang tidak pernah ragu untuk menyuarakan pendapatnya, dan pernyataan terbarunya mengenai Lisandro Martinez telah mencetuskan reaksi hangat daripada pemain pertahanan Argentina itu.

Scholes malah melabel Martinez sebagai tidak cukup bagus untuk kelab seperti Manchester United. Dan pemain itu harus digantikan dengan pemain berkelas dunia jika Man United mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Ketika media menganggap ketiadaan Martinez akan menjadi tamparan hebat buat Man United. Scholes pula berpendapat, tiada bezanya pemain itu ada atau tiada. Kerana dia tidak cukup bagus.

Berbicara di The Overlap, Scholes meremehkan kualiti Martinez, dengan menyatakan: “Walaupun Lisandro sihat, dia tidak cukup baik untuk pasukan yang memenangi Liga Perdana.”

Komen itu dengan cepat menjadi bualan hangat di kalangan peminat dan pengulas, dengan ramai yang memperdebatkan penilaian keras Scholes.

Kemudian ada juga yang kecewa dengan Scholes yang mengkritik Martinez ketika pemain itu sedang cedera.

Ada juga yang mengingatkan Scholes bahawa Martinez bermain dalam pasukan Man United yang serba pincang.

Malah baru baru ini Ruben Amorim tidak menolak kemungkinan skuad Man United ini adalah yang paling teruk dalam sejarah.

Martinez turut tidak membiarkan kritikan itu berlalu begitu sahaja. Pemain antarabangsa Argentina itu membidik semula Paul Scholes dalam kenyataan panas dan penuh nada kecewa dengan legenda kelab itu.

Martinez turut menggelarkan Paul Scholes sebagai pembawa sial atau suwey. Dia juga melabel Scholes sebagai pemain yang akan mampu untuk bertahan dalam skuad utama Argentina kerana tidak cukup bagus.

Pemain berusia 27 tahun itu membalas dengan jawapan pedas di media sosial, menulis, “Ayat mamat yang membawa sial [suwey] ini benar-benar menyakitkan… Kamu letakkan dia di Argentina, dan dia tak akan tak akan selamat.”

Martinez secara meluas dianggap sebagai salah satu pemain pertahanan tengah yang paling mahir bermain bola di liga atau ball playing center back.

Keupayaannya untuk membina serangan dari belakang, memecahkan garis pertahanan lawan dengan hantaran tajam, dan mengatur permainan hampir seperti pemain perancang dari bawah [deep lying playmaker] telah banyak membantu United dalam sistem permainan mereka.

Namun, sifat agresifnya kadang-kadang membawa masalah kepada pasukan. Itu yang dibangkitkan Scholes sebelum ini.

Pemain Argentina itu telah diketepikan kerana kecederaan ACL yang serius, menghadapi proses pemulihan yang mencabar.

Mempersoalkan keupayaannya di tengah musim, ketika United sudah bergelut, boleh dilihat sebagai kritikan yang tidak perlu dan bukannya maklum balas yang membina kepada Setan Merah.

Scholes mempertahankan kritikannya ke atas Martinez sebagai bukan bek tengah yang mampu membantu Man United menjuarai EPL.