Liverpool turun dalam perlawanan boxing day untuk aksi pertarungan dua pasukan teratas liga.
Ini merupakan perlawanan pertama Liverpool dengan status juara Eropah dan Juara Dunia.
🔴 #LEILIV TEAM NEWS 🔴
📋 Our line-up tonight to face @LCFC… https://t.co/RNEBNPkC9Y
— Liverpool FC (@LFC) December 26, 2019
Liverpool bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Aksi dominan dan tiada tanda mereka keletihan selepas jadual padat nak mampus dan juga travel jauh jauh.
Liverpool bermula garang dengan mencipta beberapa peluang. Terutama sekali gambar kat bawah ni.
Entah mengapa Salah memilih keputusan yang salah. Salah telah memutuskan untuk melakukan rembatan daripada situasi beliau boleh menghantar / mengumpan kepada rakannya.
Minit ke-15 Liverpool mendapat peluang gol sekali lagi. Namun percubaan Henderson diselamatkan oleh Kasper Schmeichel. Itu adalah peluang gol keempat dicipta Liverpool dalam 15 minit pertama.
Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba pada minit ke-31. Leicester gagal untuk mengeluarkan sepakan penjuru. Robertson menghantar kepada Arnold yang terus melakukan diagonal pass cantik.
Bola itu disambar oleh Roberto Firmino untuk gol pertama Liverpool.
https://twitter.com/EnRouteAnfield/status/1210297873532903424?s=19
Trent Alexander-Arnold terus menjadi pencipta gol yang aktif untuk pasukan Liverpool.
19 – Since the start of last season, Liverpool's Trent Alexander-Arnold has provided 19 assists in the Premier League, more than any other player. Talent. #LEILIV pic.twitter.com/TbQATc6ZXW
— OptaJoe (@OptaJoe) December 26, 2019
Firmino meneruskan sentuhan tajamnya di hadapan gol selepas menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut di Qatar.
8 – Each of Roberto Firmino's last eight goals for Liverpool in all competitions have come away from Anfield (including neutral venues). Breakthrough. #LEILIV pic.twitter.com/dIIGz1zmnn
— OptaJoe (@OptaJoe) December 26, 2019
Liverpool juga ada rekod unik di mana 63 daripada 64 perlawanan liga terakhir mereka, Liverpool tak kalah kalau leading.
Liverpool terus mendominasi perlawanan dengan aksi yang pantas serta pergerakan bola yang laju.
Liverpool mencipta beberapa peluang gol tetapi Leicester berjaya mengelak daripada dibolos gol kedua.
Liverpool menamatkan separuh masa pertama dengan sangat dominan. Malah turut menghalang Leicester turut gagal mencetak sebarang percubaan ke arah gol.
Separuh masa kedua Leicester memperbaiki rentak permainan mereka dan memberikan ancaman kepada Liverpool dengan lebih baik.
Virgil Van Dijk dan Joe Gomez dipaksa bekerja keras untuk mengelak bolos.
Jurgen Klopp kemudian memasukkan 2 fresh leg iaitu Divock Origi dan James Milner. Mengeluarkan Mo Salah dan Naby Keita.
Milner masuk je terus ambik sepakan penalti. Ini selepas Caglar Soyuncu tertampan bola dengan tangannya.
Milner sangat tenang seperti air di kali menyempurnakan penalti itu yang dihala ke tengah.
James Milner's last nine penalties for Liverpool:
⚽️
⚽️
⚽️
⚽️
⚽️
⚽️
⚽️
⚽️
⚽️Two of the last three have been against Leicester. ❄️ pic.twitter.com/DgiMqdhlQ7
— Squawka Football (@Squawka) December 26, 2019
Belum pun sempat aku habiskan ayat di atas, Firmino menjaringkan gol ketiga Liverpool.
Ia juga satu cetusan daripada hantaran silang oleh Arnold yang gagal dikeluarkan oleh pertahanan Leicester. Keadaan yang agak huru hara ketika itu, diambil kesempatan sebaiknya oleh Bobby Firmino.
Tidak lama selepas itu bermula daripada satu serangan balas, Sadio Mane menghantarnya bola kepada Trent Alexander-Arnold yang tanpa tekanan melakukan rembatan slice rendah.
Ia sangat cantik dan menewaskan Kasper Schmeichel. Itu adalah gol ketiga dilakukan Liverpool dalam jarak 6 minit setengah.
31': TAA assist
74': TAA assist
78': TAA goalAt 21 years old, Trent Alexander-Arnold is already a sensational footballer. 🙇♂️ pic.twitter.com/DqQL5kjEGJ
— Squawka Football (@Squawka) December 26, 2019
Minit ke-81, Adam Lallana dimasukkan menggantikan kapitan Hendo. Kerana kapten kesakitan dikasari lawan.
Leicester setakat minit ke-85 masih gagal mencetak sebarang on target.
Pengadil meniupkan wisel penamat dan Liverpool membawa pulang tiga mata dan King Power stadium.
Selain itu Liverpool turut berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga pada musim ini, setakat ini.
Kemenangan ini bermakna pasukan Liverpool berada 13 mata ke puncak Liga di atas Leicester City, dan 14 mata di atas Manchester City.
Trent Alexander-Arnold merupakan man of the match perlawanan ini pada pandangan saya. Kau tak suka aku tak kisah.
Manchester City akan turun pada sebelah pagi esok waktu Malaysia. Peluang untuk memintas Leicester City di tangga kedua.