Liverpool berjaya memenangi aksi pertama di Anfield musim ini dengan dua gol berkualiti. Dengan assist disumbangkan oleh dua pemain bek sisi.
Perlawanan ini bermula dengan intensiti yang bagus. Namum sayangnya ketajaman Liverpool di final third pada separuh masa pertama mungkin harus lebih baik.
Kredit juga kepada pertahanan lawan yang sangat agresif dalam mematikan ancaman. Burnley sangat cepat regroup kembali ketika diserang balas.
Diogo Jota akhirnya memberikan keadilan kepada aksi ofensif Liverpool dengan penguasaan bola yang sangat tinggi.
Ianya bermula daripada Kostas Tsimikas yang melakukan hantaran sangat cantik terus ke kepala Jota. Kalau tak memang bekicap Jota nak bersaing dengan dua center back Burnley tu.
Cross yang berkualiti disudahkan dengan tandukan yang tajam dan memukau. 1-0 untuk Liverpool.
Diogo Jota’s first half by numbers vs. Burnley:
90% pass accuracy
17 touches
3 shots
3 tackles
3 touches in opp. box
1 shot on target
1 goalGoals in back-to-back games now for the Liverpool forward. ⚽️ pic.twitter.com/JefRvPfVLU
— Squawka Football (@Squawka) August 21, 2021
Selepas itu, kisah Liverpool hanyalah tentang penguasaan bola. Namun tidak mampu memecahkan pertahanan lawan di blok paling rendah.
Mohamed Salah ternyata berusaha sedaya upaya dalam perlawanan ini. Dia banyak melakukan playmaking selain daripada sekadar merembat tanpa memikirkan perasaan Mane.
Kostas Tsimikas sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlangnya walaupun matanya yang menggoda.
Konstantinos Tsimikas for Liverpool in the first half vs. Burnley:
◉ Most duels won (5)
◉= Most tackles (3)
◉ Most successful crosses (2)
◉ Most chances created (2)
◉ Most assists (1)Playing for his place in the side. 💪 pic.twitter.com/JMsXfyxmRH
— Squawka Football (@Squawka) August 21, 2021
Pada separuh masa kedua Liverpool tiba tiba shut down pada awal separuh masa kedua. Liverpool malah dikejutkan dengan gol Ashlay Barnes yang sempat meraikan keraian cermin matanya sebelum mengamuk golnya dibatalkan kerana ofsaid.
Bagi aku, itu adalah turning point penting untuk Liverpool memenangi perlawanan ini. Akhirnya semua kembali sedar dan bangun semula.
Liverpool melakukan beberapa siri serangan bahaya selepas itu. Namun bek tengah dan penjaga gol Burnley sangat bagus. Pope melakukan beberapa saves dan pertahanan mereka melakukan blok kepada dua percubaan bahaya dalam kotak penalti.
Walaupun seolah olah pertahanan Burnley sangat power, namun akhirnya Trent ada ubat untuknya.
Liverpool mendapat gol kedua menerusi team gol yang sangat bagus. Van Dijk melakukan hantaran yang menemui Harvey Elliot. Satu kawalan dada kemas daripada Elliot. Dia melakukan beberapa sentuhan ringkas dan menghantar kepada Trent Alexander Arnold.
Trent kemudian terus menyungkit bola ketika pertahanan lawan meluru ke arahnya. Mane yang menerima boal secantik itu, tiada masalah melakukan voli kemas.
No defender has provided more Premier League assists since the start of last season as Trent Alexander-Arnold (8).
It’s just what he does. 🅰️ pic.twitter.com/Lgl6cdqaCk
— Squawka Football (@Squawka) August 21, 2021
Sadio Mane terus membuktikan bahawa beliau adalah goalscoring winger yang boleh harap.
Most Premier League goals scored by African players:
🇨🇮 Didier Drogba (104)
🇪🇬 Mohamed Salah (98)
🇹🇬 Emmanuel Adebayor (97)
🇸🇳 Sadio Mané (96)
🇳🇬 Yakubu (95)Mané moves into the top four. pic.twitter.com/s7a0xXsvLo
— William Hill (@WilliamHill) August 21, 2021
Liverpool berterusan memberikan masalah kepada Burnley. Mohamed Salah melakukan lencongan yang bahaya. Malangnya tak cukup curve.
Sala turut mencipta peluang gol kepada Mane yang miss kick.
Alisson kemudian menyelamatkan percubaan Jay Rodriguez.
Alisson sekali lagi menafikan satu lagi percubaan bahaya di minit akhir oleh Ashley Barnes untuk memastikan Liverpool menang dengan clean sheet.
𝗕𝗮𝗰𝗸 𝗵𝗼𝗺𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗮 𝘄𝗶𝗻 ❤️
— Liverpool FC (@LFC) August 21, 2021
Liverpool 2 × 0 Burnley | ALL GOALS HD
🎥ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
to never miss any goal Follow @BSM26F_🎥 Telegram | https://t.co/nCLa168ZRK pic.twitter.com/xSaDVwBeub
— ADNAN #PL (@AdnanPel) August 21, 2021