Liverpool 3 Bournemouth 1: MacAllister Kad Merah, The Reds Comeback Bergaya Dengan 10 Pemain

Liverpool memulakan hari di Anfield dengans eburuk yang mungkin. Di mana kesilapan Trent Alexander Arnold membuatkan lawan mendapat peluang gol pertama dan disudahkan oleh Antoine Semenyo.

The Reds memberikan respon pantas dengan beberapa siri serangan laju. Namun tidak dapat menghasilkan gol.

Bournemouth turut mendapat beberapa peluang untuk menambah gol. Terutamanya apabila Alisson pula melakukan kesilapan yang hampir dihukum pemain Borunemouth.

Kebangkitan 3 gol Liverpool kemudian bermula. Dengan Luis Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-27.

Kemudian Mo Salah menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-36. Ianya selepas penaltinya tak masuk namun pemain itu bingkas melakukan susulan yang menerjah gawang.

Separuh masa kedua Liverpool dikurangkan kepada 10 pemain selepas Alexis MacAllister dibuang pada minit ke-56.

Malangnya Bournemouth gagal menggunakan kelebihan seorang pemain itu untuk menghukum Liverpool.

The Reds yang bermain 10 pemain malah menjaringkan gol ketiga menerusi Diogo Jota.

Klopp kemudian mengimbangi asakan lawan dengan memasukkan DM baharu mereka Wataru Endo yang membuat debut.

Liverpool kemudian bertahan kemas untuk memastikan 3 mata milik mereka di hadapan penyokong sendiri.

Ianya kemenangan pertama Liverpool selepas sekadar seri 1-1 dengan Chelsea pada hari pembukaan.