Liverpool 9 Bournemouth 0: Firmino Menggembirakan 397 Manager FPL Yang ‘Men-Triple-Captain-kannya’

Liverpool membelasah Bournemout dengan kemenangan 9-0 di Anfield.

Selepas kalah di Old Trafford minggu lalu, Jurgen Klopp terus menggesa pasukannya untuk bangkit dan gegarkan Anfield pada aksi seterusnya.

Dan para pemain Liverpool melakukan tugasan mereka sebaiknya.

Roberto Firmino dan Trent Alexander Arnold menjadi arkitek penting kemenangan bergaya Liverpool.

The Reds di hadapan seawal minit ke-3 lagi. Di mana Roberto Firmino mencipta assist untuk Luis Diaz.

Selang 3 minit kemudian Si Senor mencipta satu lagi gol untuk rakannya. Kali ini untuk disudahkan Harvey Elliot.

Liverpool yang terus dominan kemudian mendapat gol ketiga menerusi Trent Alexander Arnold, juga menerusi assist Firmino.

Arnold melakukan screamer menyilang dari luar kotak penalti. 3 assist daripada Firmino dalam 28 minit pertama.

Selepas berhempas pulas mencipta 3 assist pertama untuk rakannya, Firmino tampil sebagai penjaring pada minit ke-31. Di mana dia menghulurkan kakinya untuk gol keempat The Reds.

Ketika perlawanan separuh masa pertama seakan akan berkahir 4-0, Virgil Van Dijk menjadikan kedudukan 5-0 menerusi tandukan cantik, hasil umpanan Robertson daripada sepakan penjuru.

Bournemouth ketinggalan 5-0 di separuh masa pertama. Scott Parker kelihatan bingung untuk mengawal kerosakan daripada menjadi lebih teruk.

Pada separuh masa kedua, nasib malang Bournemouth terus menghantui mereka. Kali ini pemain mereka tertampan bola ke gawang sendiri, hanya pada minit pertama separuh masa kedua.

VAR mengesahkan gol tersebut adalah sah kerana Diaz yang berada di kedudukan ofsaid tidak mengganggu bola secara langsung.

Minit ke-62, Anfield bergema lagi, kali ini Firmino menyudahkan kontribusi kelimanya dalam gol Liverpool. Di mana dia menjaringkan gol kedua peribadi untuk menjadikan kedudukan 7-0.

Pada minit ke-80, pemain gantian, Fabio Carvalho melakukan voli cantik untuk gol kelapan Liverpool. Ianya bermula daripada hantaran Trent Alexander Arnold yang disambut oleh Kostas Tsimikas terus melorongkan kepada Carvalho.

Masuk ke minit ke-85, Luis Diaz menjadikan kedudukan 9-0, gol peribadi keduanya.

Tiada tambahan gol lagi dicipta dan Liverpool mencipta kemenangan pertama mereka musim ini dalam EPL selepas permulaan yang mengecewakan.

Apa yang pasti hanya ada 397 sahaja manager FPL yang meletakkan kepercayaan kepada Firmino untuk kad triple captain.

Baca yang lain