Liverpool Akan Membuka Tirai EPL Tanpa Andy Robertson

Andy Robertson akan terlepas perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki.

Bek kiri Scotland itu menjalani pemeriksaan di Hospital Spire Liverpool pada hari Isnin pagi selepas mengamalami kedeceraan tersbut ketika perlawanan persahabatan bertemu Athletic Bilbao pada hari Ahad di Anfield.

Dia terpaksa diberi rawatan dalam padang oleh pasukan perubatan beberapa minit sebelum separuh masa tamat. Robertson memusingkan pergelangan kakinya dengan teruk ketika dia berusaha menghentikan umpan silang pemain Bilbao, Alex Berenguer.

Robertson kemudian dilihat dipapah meninggalkan padang dengan kaki kanannya menggunakan pelindung kaki.

“Terima kasih kepada semua orang atas mesej dan sokongan yang baik,” tweet Robertson selepas itu.

“(Imbasan) menunjukkan tidak ada kecederaan major tetapi terdapat sedikit kerosakan ligamen yang perlu dirawat.”

“Saya akan memperbaiki (tisu pergelangan kaki) setiap hari sehingga saya dapat kembali membantu pasukan lebih cepat daripada jangkaan.

“Semoga berjaya kepada rakan-rakan yang bermain malam ini.”

Liverpool telah melakukan 4 perlawanan persahabatan bagi memantapkan pasukannya sebelum musim 2021/22 membuka tirai.

Perlawanan menentang Bilbao merupakan perlawanan ke-3 dan mskuad bimbingan Klopp itu merekod keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan itu juga Klopp telah menurunkan 7 pemain utama -paling ramai berbanding 3 perlawanan lain iaitu ketika bertemu Mainz, Hertha Berlin dan Osasuna.

Allison, Virjil Van Dijk, Andrew Robertson, Naby Kieta, Mohamed Salah dan Sadio Mane antara pemain utama terlibat dalam perlawanan tersebut.

Bagi Robertson, pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain utama pasukan Klopp dan telah berada dalam kesebelasan utama bagi setiap perlawanan liga musim lalu.

Sejak Klopp menyertai Liverpool pada tahun 2017, Robertson telah membuat 132 penampilan di semua pertandingan dan menjadi sebahagian pemain yang cukup penting ketika menjuarai Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab dan Liga Perdana.

Kecederaan ligamen lebih ringan dari kecederaan retak tulang dan hasil imbasan tersebut amat melegakan Liverpool.

Walaupun tidak ada tempoh masa yang pasti bilakah Robertson akan kembali pulih sepenuhnya, menurut sumber Robertson akan direhatkan selama “minggu dan bukannya bulan”.

Ketiadaan Roberson bermaksud Kostas Tsimikas perlu bersedia untuk memulakan penampilan Liga Perdana pertamanya untuk kelab itu pada pembuka Liga Perdana Sabtu menentang Norwich City di Carrow Road.

Pemain antarabangsa Greece itu bermain hanya bermain 6 minit pada musim pertamanya di Liverpool. Tsimikas sering dilanda kecederaan di Anfield selepas perpindahannya yang bernilai £11.75 juta dari Olympiacos.

 

Lawan Liverpool pada perlawanan pertama, Norwich merupakan pasukan yang mendapat promosi ke EPL selepas menjuarai championship pada musim lepas dengan catatan 29 menang, 10 seri dan 7 kalah.

Seminggu selepas itu Liverpool akan menunggu kunjungan Burnley, pasukan yang menamatkan kempen EPL musim lalu di tangga ke-17.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan