Liverpool Akhiri Era Klopp Dengan Kemenangan 2-0 Ke Atas Wolves

Liverpool menutup musim 2023/24 dengan kemenangan ke atas Wolves. Ianya merupakan aksi terakhir Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Klopp akan meninggalkan Liverpool selepas tamat musim ini. Anfield bergema dengan sorakan penyokong ketika menyambut kehadiran peminat.

@dailymailsport

Jurgen Klopp entering the Anfield pitch for the final time as Liverpool manager 🥹 #dailymailsport #dailymail #sports #news #football #soccer #premierleague #liverpool

♬ original sound – Daily Mail Sport

Jurgen Klopp beberapa kali menahan emosinya sepanjang perlawanan ini.

Dalam aksi terakhir di Anfield, Liverpool menang 2-0 ke atas Wolves untuk terus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga yang pastinya menjamin slot ke UCL musim hadapan.

Dua gol Liverpool adalah menerusi Alexis Mac Allister dan juga Quansah.

Liverpool mendominasi perlawanan dan melakukan 36 percubaan ke gawang Wolves. Dengan pasukan lawan terpaksa bermain 10 pemain setelah Semedo dibuang pada pada minit ke-28.

Penyokong Liverpool bersorak nama Jurgen Klopp sepanjang perlawanan terutama sekali pada wisel penamat.

Klopp kemudian melambai ke arah penyokong buat kali terakhir. Sebelum dia dan staf kejurulatihannya diberikan standing ovation sempena majlis perpisahan.

Klopp meninggalkan legasi luar biasa di Liverpool. Dia membantu kelab menjuarai kesemua piala major. Ini termasuk Liga Perdana Inggeris, UCL, Piala Dunia Kelab, Piala Super Eropah dan kesemua piala domestik yang ada sepanjang 9 musim di Anfield.

Selamat tinggal Kloppo! Kamu akan dirindui peminat Liverpool dan Liga Perdana Inggeris.