Liverpool cemerlang mengatasi Chelsea 4-1 di Anfield untuk kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.
Liverpool mencetak 2 gol pada separuh masa pertama menerusi Diogo Jota dan juga Conor Bradley dalam aksi yang sangat dominan.
Pada separuh masa kedua, Dominik Szoboszlai menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-65.
Namun harapan Chelsea untuk bangkit kembali wujud apabila Nkunku mencetak gol pertama pada minit ke-71.
Malang sekali Chelsea melepaskan 1 lagi bolos lapan minit kemudian apabila Luis Diaz menanduk masuk hantaran kemas Darwin Nunez.
Walaupun Nunez berjaya mencipta assist dan beraksi agak baik, namun dia sebenarnya gagal menyempurnakan penalti yang terkena tiang.
Itu bukan satu satunya percubaan Nunez yang terkena tiang. Kerana dalam perlawanan ini, bintang Uruguay itu melakukan 4 percubaan yang terkena tiang atau palang.
Darwin Nunez has made history.
He's become the first player on record to hit the woodwork four times in a single Premier League match ❌❌❌❌ pic.twitter.com/VEjG8dXyb0
— BBC Sport (@BBCSport) January 31, 2024
Itu menjadikan ia rekod baharu untuk pemain pemain paling banyak terkena tiang atau palang dalam satu perlawanan EPL.
Secara keseluruhannya Nunez melakukan percuibaan yang terkena tiang atau palang sebanyak 11 kali dalam EPL musim ini.
4 – Darwin Núñez has now become the first player on record (since 2003-04) to hit the woodwork four times in a single Premier League match. Carpenter. #LIVCHE https://t.co/PGOjrQOUXh
— OptaJoe (@OptaJoe) January 31, 2024
Peminat Liverpool simpati dengan Nunez kerana ianya jumlah yang sangat tinggi untuk seorang penyerang.
Dan Nunez pastinya sangat berhak untuk mencetak gol dalam aksi menentang Chelsea selepas persembahan yang sangat baik.
🤣🤣🤣Nunez has almost hit Astrid Wett pic.twitter.com/asNRjVmOQi
— Sam (@Afcsammmm) January 31, 2024
Bintang muda daripada Ireland Utara, Conor Bradley yang baru berusia 20 tahun mencuri tumpuan dengan aksi luar biasanya.
Bradley mampamerkan aksi mengagumkan sekali lagi. Setelah mencetak assist dalam aksi menentang Norwich pada Piala FA sebelum ini, Bradley turut mencipta dua assist dan mencetak gol dalam perlawanan ini.
Dia diberikan tepukan gemuruh dan satu pelukan hangat daripada Klopp ketika dia dikeluarkan.
Bradley berjaya mengisi tempat Trent Alexander Arnold dengan sebaik mungkin ketika timbalan kapten Liverpool itu disisihkan kerana kecederaan.
Bradley merupakan graduan akademi Liverpool yang dianggap telah benar benar memberikan persaingan kepada Arnold.
Conor Bradley vs. Chelsea
81% Pass accuracy
3/5 Accurate long passes
4 Chances created
2 Assists
1/1 Shot on target
1 Goal
7/12 Duels won
3/3 Tackles wonLiverpool's newest rising star just gets better and better pic.twitter.com/uyjKXTR0Eb
— The Tactical Times (@Tactical_Times) January 31, 2024
Ramai peminat percaya Bradley kini antara nama yang sudah ada dalam senarai pasukan untuk aksi menentang Arsenal selepas ini.
Dalam pada itu Liverpool menerima kembali kepulangan gandingan Trent Alexander Arnold dan Andy Robertson yang bergandingan semula.