Liverpool mengalami krisis kecederaan pemain pertahanan yang serius. Mereka sebelum ini telah kehilangan Virgil Van Dijk apabila pemain Belanda itu cedera Anterior Cruciate Ligament (ACL) selepas dibentes keras oleh Jordan Pickford dalam pertembungan Derbi Merseyside.
Fabinho menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Van Dijk namun selepas hanya 3 perlawanan pemain ini pula mengalami kecederaan hamstring strain ketika bertemu FC Midtjylland. Fabinho hanya sempat bermain 30 minit dalam perlawanan ke-2 Liga Juara Eropah itu.
Jurgen Klopp merombak barisan pertahanan utamanya dengan menggunakan Joel Matip yang baru pulih dari kecederaan untuk berpasangan dengan Joe Gomez. Malangnya Gomez cedera ketika bersama skuad England.
Sebelum minggu antarabangsa berlangsung Alexandre Trent Arnord terlebih dahulu masuk dalam senarai cedera. Pemain ini mendapat kecederaan ketika perlawanan menentang Manchester City.
SENARAI 25 PEMAIN LIVERPOOL
Sebelum melihat lebih lanjut, mari lihat terlebih dahulu senarai 25 pemain yang didaftarkan oleh Liverpool bagi mengharungi Liga Perdana. Jurgen Klopp telah mendaftar 24 pemain, Van Dijk tidak didaftarkan kerana tarikh akhir pendaftaran berakhir selepas dia cedera.
1 slot itu akan disimpan kepada Van Dijk pada Januari ini, jika pemain berharga €85 juta ini menunjukkan kemampuan untuk pulih sebelum musim tamat. Siapakah 25 pemain tersebut mengikut department dan berapakah jumlah pemain pertahanan?
GK. Alisson
GK. Adrian
GK. Caoimhi Kelleher
…
DR. Alexandre Trent-Arnorld (Cedera)
DR. James Milner
DL. Andrew Robertson
DL. Konstantinos Tsimikas
DC. Virgil Van Dijk (Cedera)
DC. Joseph Gomez (Cedera)
DC. Joel Matip
DC. Nathanial Philips
…
MC. Naby Kieta
MC. Jordan Henderson
MC. Thiago Alcantara
MC. Georginio Wijnaldum
MC. Fabinho (Cedera)
MC. Xherdan Shaqiri
…
FW. Mohamed Salah
FW. Sadio Mane
FW. Roberto Firmino
FW. Diego Jota
FW. Divock Origi
FW. Takumi Minamino
…
MC. Alex Oxlade-Chamberlain
FW. Joseph Hardy
Senarai diatas menunjukkan Liverpool mempunyai 8 pemain pertahanan termasuk James Milner. Selepas 4 pemain mengalami kecederaan termasuk Fabinho, Liverpool sudah memasuki fasa kritikal. Hanya tinggal Joel Matip dan Nathanial Phillips. 2 pilihan lain datang dari skuad B23 adalah Neco Williams dan Rhys Williams.
Persoalannya adakah 4 pemain ini mampu menggalas cabaran besar pasukannya dalam mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lepas?
TEMPOH MASA UNTUK PULIH 1 BULAN HINGGA 12 BULAN
Pemain ini mengalami kecederaan ACL, satu kecederaan yang sangat ditakuti oleh para pemain kerana tempoh masa pemulihan yang lama. Apabila pulih, pemain yang mengalami kecederaan ini tidak boleh terlalu terburu-buru bermain, ulangan kecederaan ACL boleh menamatkan prestasi cemerlangnya sebelum ini.
Tempoh masa pemulihan kecederaan ACL bergantung kepada banyak faktor. Ia dianggarkan sekitar 6 hingga 12 bulan. Rakan sepasukan Van Dijk iaitu Alex Oxlade Chamberlain mengambil masa selama 10 bulan untuk pulih dari kecederaaan itu dan dia terlepas 39 perlawanan.
Fabinho pula mengalami kecederaan hamstring stain, kecederaan ini mempunyai 3 tahap. Tahap pertama pemain hanya memerlukan beberapa hari untuk pulih namun tahap 2 dan 3 mereka perlukan beberapa minggu yang boleh melewati sebulan. Fabinho dikatakan perlukan tempoh sebulan untuk kembali.
Sehingga hari ini tiada keputusan jelas berkaitan kecederaan yang dialami Gomez, pemain ini perlu melakukan imbasan oleh pihak perubatan di Anfield sebelum menilai kadar kecederaannya. Sementara itu laporan kecederaan Alexander Arnorld telah didedahkan. Pemain pertahanan kanan ini bakal tersisih selama 4 minggu akibat calf injury.
JADUAL LIVERPOOL
Liverpool mempunyai 9 perlawanan dalam tempoh 4 minggu. Mereka perlu menamatkan baki 3 perlawanan peringkat kumpulan Juara Liga Eropah. Namun pertandingan ini tidak terlalu kritikal kerana Liverpool sudah menang 3 perlawanan awal.
Apa yang merisaukan adalah kelancaran kempen liga mereka. Leicester City, Brighton, Wolverhampton, Fulham, Tottenham dan Crystal Palace adalah lawan mereka ketika beberapa pertahanan utama mereka cedera.