Liverpool Bangkit Daripada Ketinggalan Minit Ke-2

Liverpool bangkit daripada ketinggalan seawal minit ke-2 untuk menang 2-1 ke atas Brighton di Anfield.

Perlawanan ini juga ibarat audition untuk Roberto De Zerbi di Anfield, kerana namanya dikaitkan sebagai calon pengganti Jurgen Klopp musim hadapan.

Di mana dia masih tidak melanjutkan kontraknya bersama Brighton.

Dia atas padang Brighton di hadapan menerusi Danny Wellbeck seawal minit ke-2 permainan. Dia menjaringkan gol itu pada penampilan EPL ke-100-nya bersama Seagulls.

Liverpool kemudian tampil dominan dalam perlawanan ini. Dan hampir menyamakan kedudukan sebanyak dua kali menerusi Mo Salah.

Luis Diaz akhirnya menyamakan kedudukan untuk Liverpool pada minit ke-27. Di mana dia menerima bola di hadapan penjaga gol Brighton setelah pertahanan gagal mengeluarkannya.

Diaz dengan mudah merembat masuk bola untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-1 antara kedua dua pasukan.

Pada separuh masa kedua, Liverpool mendahului menerusi gol cantik oleh Mohamed Salah. Bermula daripada Szoboszlai, kemudian Mac Allister menghantar kepada Mo Salah dan disudahkan dengan baik oleh penyerang antarabangsa Mesir itu.

Salah terus menjadikan Brighton sebagai mangsanya dalam kariernya.

Liverpool kemudian menambah gol menerusi Luis Diaz. Namun dibatalkan kerana ofsaid.

Pemain gantian, Harvey Elliot masuk dan hampir menjaringkan gol serta merta pada minitke-82.

Brighton kemudian cuba mencari gol penyamaan. Dengan De Zerbi memasukkan Adam Lallana yang hampir sahaja menewaskan Coimhin Kelleher pada minit ke-86, selepas aksi cuai pertahanan Liverpool.

Pada minit ke-90, bermula daripada hantaran Alexis Mac Allister yang melorongkan hantaran lolos kepada Havey Elliot kemudian menghantar bola ke kawasan bahaya. Mo Salah melakukan rembatan cantik namun dinafikan oleh Verbruggen yang melakukan penyelamatan kelas dunia.

Verbruggen berjaya memastikan bahawa perlawanan masih hidup dan masih dalam jangkauan mereka. Pengadil memberikan masa tambahan enam minit. Dengan Brighton mulai lebih ramai berada di atas.

Danny Wellbeck melakukan ancaman dengan rembatan terkena jaring.

Mohamed Salah kemudian dengan licik cuba menewaskan penjaga gol lawan dengan rembatan ke near post. Namun tersasar.