Liverpool Bantu Marine Dengan Menghantar Analisis Video Spurs, Mourinho Tak Kisah

Jose Mourinho telah diminta untuk memberikan pandangannya tentang tindakan Liverpool membantu Marine dalam analisis pra perlawanan, menjelang aksi Piala FA menentang Tottenham.

Liverpool difahamkan telah menghantar sejumlah klip analisis kepada Marine yang berkaitan dengan Spurs. Ketika ditanya wartawan tentang perkara itu Jose Mourinho menganggap perkara itu sebagai sangat normal di dalam bola sepak. Dan tidak ada yang pelik.

Tottenham Hotspur akan menentang Marine di Rossett Park pada Ahad pada pusingan ketiga Piala FA. Ia merupakan perlawanan dengan jurang paling besar dalam sejarah Piala FA.

Di mana Spurs yang bermain di EPL berdepan dengan pasukan di tier kelapan bola sepak Inggeris.

Marine merupakan sebuah kelab kecil yang turut berpangkalan di Merseyside. Pengurus Marine, Neil Young telah mendedahkan bahawa Liverpool memberikannya analisis video mengenai pesaing mereka, Tottenham. Namun, Mourinho tidak kisah.

“Liverpool membantu Marine menurut saya adalah perkara biasa,” kata Mourinho dalam sidang media sebelum perlawanan.

“Anda tahu mereka berjiran dan saya cukup yakin ada hubungan emosi antara mereka.”

“Sekiranya Liverpool memberi mereka analisis dari kami dan akses ke rakaman yang tidak mereka miliki [Marine tak ada], saya rasa itu sangat normal.”

Jose Mourinho lebih berminat untuk komen perkara yang berkaitan dengannya. Misalnya kualiti padang. Di mana banyak pasukan kecil yang tidak mempunyai padang yang bagus.

“Apa yang dapat kita harapkan? Kita perlu melihat padang, kerana penting bagi keselamatan pemain agar padang dalam keadaan baik. Saya yakin mereka berusaha melakukan semua yang mereka mampu untuk mendapatkan rentak terbaik.”

“Ini adalah kelab dan sekumpulan lelaki yang akan bermain permainan terbesar, jadi apa yang dapat kita lakukan selain menghormati mereka dan memenangi pertandingan?”

Memang tiada salahnya kelab besar membantu kelab lebih kecil. Malah sebelum ini banyak kelab yang berada dalam piramid liga yang sama, saling membantu.

Itulah maknanya hidup dalam liga yang sama. Rasa saling menghormati / mutual respect itu harus dipelihara.

Liverpool merasakan Marine memerlukan bantuan dari segi persiapan berdepan pasukan Liga Perdana Inggeris. Jelas sekali pasukan Marine tiada kemampuan untuk mewujudkan pasukan analisis yang lengkap dengan perisian dan teknologi yang mahal.

Mereka sedang mempersiapkan diri berdepan dengan pasukan di liga teratas. Jadi analisis video sangat penting. Pada pandangan Mourinho ia bukan masalah. Kerana setiap pasukan berhak menganalisis pasukan lawan mereka walaupun apa cara sekalipun.

Bukan itu sahaja, penyokong Spurs sendiri membeli tiket atas talian, untuk membantu kelab kecil tersebut menjana pendapatan mereka. Pengerusi kelab mereka mengucapkan terima kasih kepada penyokong Spurs.

Sebelum ini Marine menyatakan bahawa kelab mereka terpaksa terlepas peluang menjana keutungan sekitar £100,000 kerana perlawanan akan dilangsungkan tanpa penyokong. Marine menerima £75,000 daripada badan penyiar BBC.

Namun penyokong Marine dan Spurs memutuskan untuk membeli tiket. Bagi mereka yang sudah membeli tiket awal, mereka tidah mahu wang mereka dikembalikan.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan