Liverpool Berminat Dapatkan Chiesa

Liverpool dilaporkan berminat mendapatkan Federico Chiesa. Dengan pemain itu juga berminat untuk menyertai kelab berpangkalan di Anfield itu.

Sebelum ini Barcelona mempertimbangkan untuk membeli Chiesa tetapi semalam Barca mengumumkan bahawa mereka menarik diri daripada rundingan kerana beberapa kekangan.

Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam senarai harus dilepaskan oleh Juventus. Selepas pengurus mereka Thiago Motta sendiri setuju untuk menjual pemain tersebut bagi membantu kewangan kelab.

Chiesa antara pemain yang mewakili Itali dalam Euro 2024 lalu hanya ada baki kontrak setahun sahaja lagi di Juventus. Jika dia tidak dijual sekarang, dia berpotensi menjadi ejen bebas musim hadapan.

Namanya tidak tersenarai dalam skuad bimbingan Motta untuk aksi pembukaan menentang Como di Serie A. Dan dia juga tidak berada dalam skuad menentang Hellas Verona.

Pengarah Sukan Liverpool, Richards Hughes sebelum ini gagal membawa masuk sasaran seperti Zubimendi. Berharap akan dapat menandatangani Chiesa.

Juventus sedia menerima bayaran sekitar €15 juta untuk pemain kebangsaan Itali itu.

Tetapi masih belum ada sebarang rundingan rasmi antara Liverpool dan Juventus untuk perpindahan pemain itu. Fabrizio Romano cuma mengesahkan bahawa ada perbincangan tentang perkara itu namun tidak begitu konkrit.

Chiesa sebelum ini menyertai Juventus dari Fiorentina pada 2020 dengan nilai perpindahan sekitar €58 juta. Dia sudah bermain 131 kali untuk Juventus. Musim lalu aksinya agak terhad kerana masalah kecegerasan dan kecederaan.

Namun begitu posisi penyerang bukan masalah besar untuk Liverpool berbanding dengan posisi defensive midfielder. Adakah Chiesa akan menjadi pemain The Reds pada jendela perpindahan kali ini?