Liverpool ‘Contact’ Bayern Risik Alcantara

Liverpool telah secara rasmi menghubungi Bayern Munich bagi merisik khidmat Thiago Alcantara.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu sudah menyatakan bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak bersama dengan Bayern Munich sebaik sahaja ia tamat pada akhir musim akan datang.

Hansi Flick pernah menyatakan bahawa Alcantara mahu mencari cabaran baharu di dalam kariernya dan destinasi pilihannya adalah Liga Perdana Inggeris.

Sebelum itu, Alcantara dilaporkan berada dalam radar Man City. Pep Guardiola mahu menjadikan Alcantara sebagai pengganti kepada David Silva.

David Silva sah meninggalkan Man City pada akhir musim ini. City sudah memiliki Phil Foden yang dilihat boleh mengisi tempat Silva.

Namun untuk kualiti skuad yang lebih baik, Pep berharap pemain seperti Alcantara akan menyertai mereka.

Walaubagaimanapun, pemain tersebut menegaskan beliau akan menjadi gembira jika dapat bekerjasama dengan Klopp dalam fasa seterusnya karier beliau.

Lalu semalam, sumber daripada Fabrizio Romano dan Christian Falk mengesahkan bahawa Liverpool menghubungi Bayern untuk membincangkan perpindahan Alcantara.

Bayern masih bertegas bahawa mereka meletakkan tanda harga tidak kurang daripada €30 juta untuk pemain tersebut.

Selain itu Liverpool juga kini masih berusaha untuk meyakinkan Gini Wijnaldum untuk terus kekal di Anfield.

Wijnaldum masih belum melanjutkan kontrak baharu bersama Liverpool.

Alcantara adalah pemain yang boleh bermain di banyak posisi di bahagian tengah terutama sekali yang ofensif.

Namun dalam kariernya kerap diganggu oleh masalah kecederaan.

Liverpool Echo menafikan laporan bahawa Liverpool FC membuka rundingan. Namun Fabrizio Romano menyatakan bahawa, Liverpool memang sudah membuka rundingan, cuma tidak setuju dengan harga diminta.

Kedua dua pihak masih mencari solusi.

Liverpool tidak dinafikan berminat dengan Alcantara. Namun Liverpool meminta harga lebih rendah untuk pemain yang memiliki rekod kecederaan.

Mungkin perpindahan ini akan diselesaikan dengan add ons yang tinggi?