Liverpool Dan Arsenal Berikan City Kelebihan Dalam Persaingan EPL

Dua pesaing utama Man City musim ini, Liverpool dan Arsenal masing masing keciciran 3 mata di tempat sendiri. Kekalahan dua pasukan ini mencerahkan peluang Man City untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.

Liverpool tewas 0-1 di Anfield. Manakala Arsenal tewas 0-2 di Emirates.

Dalam aksi yang berlangsung di Anfield, Liverpool sebenarnya memiliki segala peluang yang cukup untuk menang walaupun ketinggalan minit ke-14, namun semua peluang keemasan mereka dipersia siakan.

Serangan Liverpool yang menyaksikan Mo Salah, Darwin Nunez, Luis Diaz dan kemudian Cody Gakpo serta Diogo Jota semuanya tumpul.

Skuad Jurgen Klopp menelan kekalahan kedua berturut turut di Anfield selepas dimalukan Atalanta 0-3 pertengahan minggu.

Sementara itu di Emirates, Arsenal yang meraikan keputusan di Anfield, akhirnya keciciran mata.

Skuad Mikel Arteta ada kelebihan untuk memimpin liga sekali lagi jika menang. Namun mereka gagal melakukannya.

Bekas pengendali Arsenal, Unai Emery menjadi mastermind kepada kekalahan Arsenal kali ini.

2 gol lewat perlawanan oleh Ollie Watkins dan Leon Bailey membuatkan Arsenal melepaskan peluang untuk merampas kedudukan teratas.

Dengan kekalahan Liverpool dan Arsenal, kedua dua pasukan kini 2 mata di belakang Man City.

Arsenal di tangga kedua kerana memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik.

Man City kini sudah boleh berkira kira untuk mempertahankan treble mereka. Belum ada pasukan dalam sejarah EPL yang mempertahankan Treble atau treble dua kali.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai