Liverpool gagal memenangi perlawanan yang agak licik berdepan dengan pasukan baru naik promosi Brentford. Dan pada satu ketika mungkin harus berasa lega kerana tak kalah.
Liverpool diberikan malam yang penuh debaran apabila terpaksa mengejar dan juga dikejar. Pertahanan Liverpool kali ini sangat teruk. Secara unit dan secara individu.
Brentford mengejutkan Liverpool dengan gol pendahuluan menerusi Pinnock. Ianya hasil perancangan dan perlaksanaan yang licik daripada Brentford ketika mengambil rutin sepakan percuma.
Gol itu meletakkan Brentford di hadapan pada minit ke-27, disambut dengan sorakan gila di dalam stadium.
Namun gol pendahuluan itu cuma bertahan 4 minit apabila Diogo Jota membalasnya dengan tandukan cantik.
Pada separuh masa kedua, Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-54.
Gol yang pada awalnya dikibarkan bendera ofsaid. Namun selepas pemeriksaan VAR, gol Salah itu disahkan dan Liverpool 2-1 di hadapan.
Liverpool kemudian rancak mencari gol ketiga. Sehinggakan mereka seringkali diserang balas oleh pasukan lawan. Ternyata Liverpool lalai dan termakan perancangan Brentford.
Brentford menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Vitaly Janelt. Berlaku pergelutan teruk di hadapan gawang Alisson. Alexander Arnold didominasi 3 pemain lawan di byline dan tewas. Brentford meraikan gol penyamaan tersebut.
Sekali lagi gol pendahuluan Brentford hanya bertahan 4 minit.
Ianya selepas Curtis Jones menjaringkan gol yang sangat cantik dari luar kotak penalti. Kemungkinan gol yang akan dicalonkan dalam anugerah gol tercantik.
Tidak lama selepas itu, Sadio Mane mencipta peluang gol yang cantik untuk Mohamed Salah. Namun pemain antarabangsa Mesir itu gagal menyempurnakannya.
Liverpool sekali lagi dihkum kerana membenarkan lawan berada terlalu selesa di kotak penalti.
Gol yang sangat tenang daripada Yoane Wissa pada minit ke-83. VAR mengesahkan gol tersebut untuk kedudukan 3-3.
Minit ke-87, Tonev pula merembat masuk, namun dibatalkan kerana ofsaid.
Tamat perlawanan, Liverpool dan Brentford berkongsi 1 mata dengan 3 gol masing masing.
Klopp mungkin harus membuat pertukaran yang lebih defensif pada kedudukan 3-2, namun memilih untuk mencari gol keempat.
Ia membuatkan Liverpool terus bergelut dengan stabiliti di tengah. Tapi tak boleh juga nak salahkan Klopp 100%, sebab jarak 1 gol tu memang tak selamat pun.
Mane dan Salah serta Jota mempersiakan peluang untuk membunuh perlawanan ini lebih awal.
27’: Brentford 1-0 Liverpool
31’: Brentford 1-1 Liverpool
54’: Brentford 1-2 Liverpool
63’: Brentford 2-2 Liverpool
67’: Brentford 2-3 Liverpool
82’: Brentford 3-3 LiverpoolTHIS. GAME 💉 pic.twitter.com/4JsSFjVEeq
— B/R Football (@brfootball) September 25, 2021
Apapun 1 mata bolehlah, top of the league kan.