Liverpool Hantar Bidaan Bernilai £110 Juta Untuk Sailang Moises Caicedo Daripada Chelsea

Liverpool berpotensi untuk memberikan Brighton £145 juta untuk membeli 2 pemain tengah kelab itu dalam satu jendela perpindahan yang sama.

Sebelum ini Liverpool mendapatkan Alexis McAllister dengan nilai £35 juta. Dan kini mereka mahu mendapatkan Moises Caicedo.

Pemain yang turut menjadi sasaran Chelsea. Persaingan antara kedua dua kelab itu berlaku dalam minggu ini.

Sebelum ini Chelsea dikatakan tiada persaingan untuk mendapatkan Caicedo setelah Arsenal mendapatkan Declan Rice.

Di mana Chelsea turut menghantar bidaan untuk mendapatkan pemain tersebut. Caicedo sudah meminta kelab agar menjualnya ke Chelsea minggu lalu dan tidak mahu turun berlatih.

Chelsea sudah meluangkan masa yang agak lama untuk berunding bagi mendapatkan Caicedo. Sehinggalah mereka akhirnya mendapat persaingan daripada kelab besar lain.

Liverpool memasuki persaingan untuk mendapatkan Caicedo. Dan sudah menghantar bidaan baharu yang pakejnya mencecah £110 juta.

Brighton dijangka akan mempersetujui tawaran tersebut. Jika segalanya berjalan lancar, Caicedo akan diumumkan pada Jumaat.

Caicedo  menjadi salah seorang pemain tengah yang menyerlah di EPL dalam beberapa musim ini.

Dia menarik minat banyak kelab. Namun Brighton menetapkan harga yang tinggi untuk pemain itu.

Musim lalu dia mendesak perpindahan ke Chelsea atau Arsenal. Namun kelab berpegang teguh kepada tanda harga £80 juta pada masa itu.

Perpindahan itu gagal selepas Brighton tidak mahu lagi kehilangan pemain utama mereka selepas melepaskan pemain terbaik tahunan mereka masa itu iaitu Marc Cucurella.

Brighton memujuk Caicedo melanjutkan kontraknya dan pemain itu setuju. Brighton dilaporkan berjanji akan menjualnya pada musim panas 2023.

De Zerbi sebelum berakhir musim lalu berkata dia tidak pasti sama ada Caicedo atau McAllister akan bersama dengan kelab itu lagi musim ini.

Liverpool yang kehilangan Jordan Henderson serta Fabinho ke Liga Arab Saudi sangat terdesak mencari pemain tengah baharu.

Dengan pemain seperti Naby Keita dan Alex Oxlade Chamberlain sudah meninggalkan kelab itu secara percuma.

Liverpool turut cuba berunding mendapatkan Romeo Lavia namun gagal mendapatkan kesepakatan harga.

Dengan Liga Perdana Inggeris yang bermula hujung minggu ini dan jendela perpindahan bakali ditutup dalam 2 minggu lagi, Liverpool benar benar berharap mereka mendapatkan Caicedo.

Tetapi ianya masih memerlukan persetujuan pemain itu kerana dia sebelum ini mendesak kelab menjualnya ke Chelsea.