Liverpool Jadi Punca Harry Kane Mahu Pamerkan Aksi Terbaik Lawan Arsenal Esok

Harry Kane sudah melafazkan ikrar bahawa dia mahu mempamerkan aksi terbaiknya menentang The Gunners pada aksi Rabu ini.

Bayern Munich akan melayan kunjungan Arsenal di Arena Allianz Munich – second leg – untuk aksi suku akhir UCL musim 2023/24.

Bayern merupakan salah satu pasukan pilihan untuk menjuarainya. Namun prestasi tidak menentu mereka di dalam pertandingan domestik musim ini agak meresahkan peminat.

Seterusnya Harry Kane menegaskan bahawa dia masih terluka dengan kegagalan menjulang UCL pada final 2019 menentang Liverpool. Dan ianya menjadi motivasi untuk dia membantu Bayern pada musim ini.

“Apabila kamu berada di final dan tidak menang, kamu akan menjadikannya motivasi yang memacu kamu untuk melakukannya sekali lagi.

“Kami ada peluang, dan ianya peluang yang sangat baik untuk kami. Jika kami mengorak langkah kami esok, maka kami hanya beberapa perlawanan sahaja lagi daripada Wembley [gelanggang final UCL].

“Dan saya mahu mempamerkan aksi terbaik saya esok,” tegas penyerang Bayern Munich itu.

Harry Kane sangat berharap dapat menjadikan UCL sebagai trofi major pertamanya di dalam kariernya yang sarat dengan gol.

Kane dan Bayern baru terlepas trofi Bundesliga baru baru ini. Dan mereka turut terlepas pertandingan domestik yang lain di Jerman.

UCL adalah peluang terakhir untuk Kane dan Bayern menamatkan musim ini dengan piala.

Pada aksi suku akhir pusingan pertama di Emirates, Bayern dan Arsenal terikat 2-2. Di mana Harry Kane turut mencetak 1 gol dalam perlawanan tersebut.

Baca yang lain