Liverpool kini menjadi juara dengan baki 7 perlawanan. Adakah ia kejuaraan paling awal dicipta dari segi baki perlawanan? Sebab kalau dari segi tarikh memang tak la kan, sebab liga ditangguhkan lebih 100 hari.
Kemenangan Chelsea 2-1 ke atas Man City menyaksikan juara bertahan itu secara sahnya tiada peluang lagi untuk mengejar Liverpool dalam carta liga.
Ya! Liverpool mencipta rekod kejuaraan EPL paling awal dalam sejarah.
Berikut adalah rekod kejuaraan liga Perdana Inggeris terawal dalam sejarah.
1. Liverpool 2019/20 β baki 7 perlawanan
WEβRE PREMIER LEAGUE CHAMPIONS!! π pic.twitter.com/qX7Duxoslm
β Liverpool FC (@LFC) June 25, 2020
Liverpool mencipta rekod unik dengan menjadi pasukan paling awal juara liga dari segi baki perlawanan dan pasukan pertama menjadi juara pada akhir bulan Jun dalam liga yang akan tamat pada Julai
2. Man City 2017/18 β baki 5 perlawanan
Manchester City mengatasi Man United pada musim 2017/18 dengan jurang mata yang besar, membolehkan mereka menjuarai liga.
City ketika itu hanya kalah 2 kali dan seri 4 kali.
Pada musim berikutnya mereka hanya berkelebihan 1 mata daripada Liverpool.
3. Man United 2000/01 β baki 5 perlawanan
Skuad legenda bimbingan Sir Alex Ferguson selepas kejayaan mereka menjulang treble.
Man United berjaya mengatasi Arsenal. Musim yang menyaksikan mereka tewas 6 kali dan seri 8 kali.
4. Manchester United 1907/08 β baki 5 perlawanan
5 β Everton 1984-85 β baki 5 perlawanan
Tahniah kepada Liverpool di atas kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.
Satu musim yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Malah pada satu ketika ianya kelihatan bakal dibatalkan pada pertengahan aksi.