Liverpool Juara!

Terlerai akhirnya penantian 30 tahun.

Liverpool mengesahkan kejuaraan EPL ke-19 dalam sejarah kelab selepas Man City terkulai di Stamford Bridge.

Semalam skuad Jurgen Klopp menewaskan Crystal Palace 4-0 di Anfield dalam aksi yang sangat cemerlang. Membuatkan Liverpool hanya dibezakan 2 mata daripada kejuaraan.

Dan hari ini Man City tewas 2-1 di tangan pasukan Chelsea.

Liverpool sah juara dengan baki 7 perlawanan sahaja lagi dengan jarak 23 mata jauhnya.

Kali terakhir Liverpool juara Liga Perdana Inggeris adalah pada 1990 dengan skuad ketika itu dibimbing oleh Kenny Dalglish.

Kejayaan ini mengesahkan Liverpool kini hanya dibezakan 1 kejuaraan di belakang Man United dalam lipatan sejarah sebagai juara England.

“Saya kehilangan kata kata, sukar dipercayai,” tegas Klopp kepada Sky Sports selepas kemenangan Chelsea.

“Ini lebih daripada apa saya fikirkan, menjadi juara dengan pasukan luar biasa ini.”

Kesetiaan kita semua terbalas. Kelab ini memiliki komuniti yang sangat besar di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Jangan nak sembang kata penyokong Liverpool ini glory hunter. Kalau peminat baru tumbuh itu daripada golongan muda itu biasalah.

Kelab yang tiada kejuaraan selama berdekad lamanya namun kalau kau pergi ke mana mana live view party Liverpool kau akan tahu betapa kuatnya fanbase Liverpool di Malaysia ini.

Ianya berkaitan dengan kecintaan. Ianya berkaitan dengan rasa sayang kepada kelab.

Penyokong Liverpool di Malaysia ni boleh je dulu nak melalang ke kelab lain ketika revolusi di Stamford Bridge dan kekayaan mengejut di Etihad.

Namun setianya tetap bersama Liverpool. Kejuaraan di Istanbul antara momen yang besar dalam lipatan sejarah.

Ianya diakhiri dengan kejuaraan Eropah keenam. Dan kali ini musim 2019/20 diakhiri dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Liverpool selayaknya menjadi juara.

23 kemenangan di Anfield ataupun menang setiap game di home. Merekodkan 44 game tanpa kalah dalam liga, terbanyak dalam sejarah kelab.

Boss besar Liverpool, JW Henry menganggap ini pencapaian luar biasa.

Liverpool sebelum ini mendahului dengan 25 mata ketika liga dihentikan seketika kerana pandemik melanda.

Jurgen Klopp adalah nakhoda yang terus memberikan Liverpool kejayaan. Sebelum ini dah bagi UCL, Piala Dunia Kelab, dan Kejuaraan Piala Super Eropah.

Tewas dalam beberapa final cup competitions. Terus bersabar dan terus mahu memastikan doubter berubah menjadi believer.

Kenangan menjadi penyokong Liverpool ni sangat emosional dan penuh dengan cabaran. Daripada melihat kelab yang penuh masalah, terselit beberapa kejayaan dalam cup competition.

Selepas bertahun lamanya kesetian kepada Liverpool. Maka wajarlah kejuaraan ini diraikan sebagai satu pulangan yang sangat istimewa.

Ianya kejuaraan yang sangat bersejarah. Ia akan mengingatkan korang dengan perjalanan menjadi penyokong Liverpool. Kenangan lepak zaman kolej dengan kawan dan fans Liverpool yang lain.

Di hari korang susah nak dapat tengok Liverpool kalau jadual clash dengan team lain – sebab katanya team tak power.

Ingati momen korang sedih ketika Gerrard Slip. Itu bukan pematah kesetiaan. Malah penambah kecintaan.

Selamat hari Liverpool menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Kita pasukan terbaik di England musim ini.

Kongsikan artikel ini di wall korang buat kenangan di masa akan datang. Kongsikan bila korang start mulai menjadi fans Liverpool.

Dan kepada korang semua fans Liverpoool: YOU LL NEVER WALK ALONE!

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang menang EPL dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain