Liverpool kecundang di tangan Fulham 3-2 pada aksi yang terbahagi 2 kepada Liverpool.
Separuh masa pertama yang teruk dan separuh masa kedua yang lebih baik.
Liverpool di hadapan menerusi gol Mac Allister minit ke-14.
Namun kesilapan bertahan membolehkan Ryan Sesegnon menyamakan kedudukan kurang 10 minit kemudian.
Liverpool kemudian bergelut dalam perlawanan ini. Dua kesilapan pertahanan mereka membolehkan Fulham mendapat 2 lagi gol.
Pertamanya kesilapan Andy Robertson yang menghantar bola lemah dan Alex Iwobi mengambil kesempatan.
Seterusnya, kecuaian Van Dijk dengan mudah diatasi oleh Rodrigo Muniz pada minit ke-37 untuk Fulham menjadikan kedudukan 3-1 masuk ke bilik rehat.
Separuh masa kedua, Liverpool beraksi dengan lebih baik. Namun mereka kurang tajam di hadapan gol.
Mac Allister merapatkan jurang gol minit ke-72 untuk Liverpool.
Namun tiada lagi gol selepas itu daripada kedua dua pasukan. Fulham menang 3-2 ke atas pendahulu liga.
Super Fulham FC. 🫡 pic.twitter.com/Ge62g4jW7d
— Fulham Football Club (@FulhamFC) April 6, 2025
Kekalahan ini membuatkan Liverpool gagal menjarakkan diri lebih jauh daripada pesaing mereka Arsenal yang kini 11 mata di belakang mereka selepas The Gunners turut keciciran mata semalam.