Liverpool Keluarkan Racun Jersi Retro Reebok Istanbul Versi Blackout

Liverpool telah mengeluarkan replika kit ikonik Reebok yang  dipakai dalam kebangkitan dramatik ketika final Liga Juara-Juara 2005 berhadapan AC Milan.

The Reds mencipta salah satu kemenangan paling bersejarah di Istanbul. Satu kemenangan yang dicatatkan dalam buku sejarah sebagai salah satu perlawanan terbaik dalam sejarah bola sepak.

Liverpool ada banyak malam luar biasa di Eropah, dan malam di Istanbul itu salah satu daripadanya yang paling power.

Ketika wisel separuh masa pertama dibunyikan, Liverpool ketinggalan 3-0 di belakang AC Milan. Ini selepas Liverpool beraksi serba tak menentu pada separuh masa pertama.

Namun siapa sangka pasukan yang diketuai Steven Gerrard itu menterbalikkan kapal AC Milan pada separuh masa kedua untuk mengikat mereka 3-3.

Liverpool bertarung dengan sepenuh jiwa raga sepanjang malam di Istanbul dan mengheret perlawanan ke tambahan masa 30 minit.

Aksi heroic Jerzy Dudek pada masa tambahan dan juga penentuan penalti membolehkan Liverpool menjulang kejuaraan paling mewah di Eropah itu.

AC Milan ketika itu dibarisi oleh ramai bintang yang berada di prestasi kemuncak. Dan dianggap salah satu pasukan terbaik pernah ada di Eropah dengan diuruskan oleh Carlo Ancelotti.

15 tahun kemudian, Liverpool telah merilis baju retro versi blackout / gelap / putus karen. Jersi yang nampak sangat lawa dan mengiurkan pencinta jersi retro.

Jersi yang menjadi kebanggaan Liverpool pada satu ketika dahulu kini boleh dimiliki dengan versi gelap dan cantik.

Jersi ini juga disemat dengan bintang lima dan kesemua logo pada jersi adalah gelap gelita.

Korang lihat beberapa gambar daripada galeri ini:

Sapa pulak ni
Sapa pulak ni

Jadi boleh la korang pergi ke LFC store untuk mendapatkan jersi retro tersebut yang dijual dengan harga £25 sahaja.

Amacam cantik tak?