Bintang Sepanyol, Cesc Fabregas berpendapat bahawa Liverpool ibarat menang loteri apabila berjaya mendapatkan khidmat pengurus sensasi dari Jerman Jurgen Klopp.
Klopp yang ketika itu tidak ada kelab selepas bercuti sementara – sebaik sahaja meninggalkan Borussia Dortmund telah berjaya dipancing Liverpool.
Klopp menjadi perhatian banyak kelab termasuk Bayern Munich dan juga Manchester United.
Liverpool bertindak pantas dan menunggu masa yang sesuai. Liverpool menggantikan Brendan Rodgers dengan Jurgen Klopp yang pernah membahawa Dortmund mengganggu monopoli Bayern Munich dalam kancah Bundesliga.
Klopp tiba di Anfield pada musim 2015/16. Beliau membantu Liverpool mara ke 3 perlawanan Eropah berturut-turut termasuk 1 final UEL dan 2 final UCL.
Salah satu daripadanya menghasilkan kejuaraan bermakna – di mana Liverpool menjuarai Liga Juara Juara Eropah musim 2018/19.
Ini selepas Liverpool kalah dalam 3 final termasuk final domestik, dan 2 final Eropah (Europa dan UCL).
Musim lalu Liverpool menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Manchester City. Sementara musim ini skuad Liverpool berada 25 mata di atas Man City, bimbingan Pep Guardiola.
Klopp berjaya membentuk pasukan yang sesuai mengikut kehendak beliau dan dibantu oleh pengurusan yang memberikan kepercayaan kepadanya.
Namun ketika ini, liga ditangguhkan sementara kerana wabak koronavirus yang melanda dunia ketika ini.
Dalam sesi tanya dan jawab di Twitter beliau, Fabregas mendapa satu pertanyaan tentang Liverpool.
Liverpool bertuah
Fabregas membalas: “Liverpool adalah kelab yang luar biasa yang berjaya menang loteri dengan mendapatkan khidmat Klopp – memberikan beliau pemain yang tepat dan masa untuk membina sesuatu yang istimewwa.”
Outstanding club that hit the jackpot hiring Klopp and giving him the right players and time to build something very special. https://t.co/RuQl65jG7w
— Cesc Fàbregas Soler (@cesc4official) April 20, 2020
Pemain tengah Monaco itu turut menjawab beberapa lagi soalan. Dan salah satu daripadanya adalah jurulatih yang paling banyak memberikannya tunjuk ajar ketika di dalam kariernya.
Fabregas menjawab bahawa Wenger dan Conte adalah yang paling banyak mengajar beliau.
Fabregas meningkat naik ketika di Arsenal dan menjadi kapten The Gunners pada usia yang muda – di bawah kendalian Arsene Wenger.
Fabregas turut menjadi nadi penting Chelsea dalam kejuaraan liga di bawah kendalian Antonio Conte.
Fabregas berpendapat, Wenger dan Conte telah melengkapkan dirinya menjadi pemain bola sepak dan juga insan yang lebih baik ketika di luar padang.
Selain itu, Wenger lebih kepada jurulatih yang mengajar beliau aspek teknikal dan Conte pula menguatkan aspek mentaliti beliau.
“Yang benar-benar mengajar saya pada momen yang berbeza dan alasan berbeza [selain bola sepak], saya boleh katakan ianya ialah Wenger dan Conte.”
“Arsene mengajar saya secara teknikal dan Conte mengajar saya secara mental dan membuatkan saya menjadi pemain yang lebih baik daripada yang saya tahu.”
Ketika ditanya, siapakah pemain terbaik yang pernah beliau beraksi bersama. Fabregas menyatakan, mereka ialah Thierry Henry, Lionel Messi, Eden Hazard dan Radamel Falcao – ketika beliau bermain dengan pasukan Arsenal, Barcelona, Chelsea dan Monaco.