Liverpool Mulai Jual Jersi Lencana Emas

Bagi peminat Liverpool yang ingin mendapatkan jersi khas The Reds dengan lencana emas juara dunia FIFA, kini anda berpeluang untuk melakukannya.

Pihak Liverpool FC telah mengumumkan bahawa jersi tersebut kini sudah sedia untuk anda pra tempah secara atas talian dari gedung rasmi pasukan.

Liverpool mendapat hak untuk memakai lencana emas tersebut pada jersi, selepas berjaya memenangi Piala Dunia Kelab 20019 ketika di Qatar tempoh hari.

Liverpool menang 1-0 ke atas Flamengo dalam aksi final. Jaringan tunggal perlawanan adalah menerusi Roberto Firmino.

Namun EPL kemudian tidak membenarkan lencana itu dipakaikan pada jersi. Ia sudah termaktub dalam peeaturan. Hal ini kerana ianya ada dispute dengan beberapa isu penaja.

FIFA dan UEFA tiada masalah untuk membenarkan Liverpool memakai lencana tersebut.

Oleh kerana Liverpool diberikan keistimewaan memakai lencana itu dalam musim ini sehingga juara baru Piala Dunia Kelab dinobatkan pada tahun hadapan.

Liverpool berjaya mara ke kejohanan tersebut selepas muncul juara pertandingan Liga juara-juara Eropah musim 2018/2019.

Liverpool telah meminta pengecualian khas daripada EPL. Dan EPL membenarkan Liverpool menggunakan lencana itu hanya sekali dalam aksi EPL pada musim ini.

Liverpool memakai lencana tersebut dalam aksi menentang Wolves di Anfield pada 29 Disember 2019. di mana pasukan bimbingan jurgen Klopp berjaya menang 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Bagi pertandingan piala domestik pula, Liverpool untuk membuat permohonan khas sekali lagi daripada EFL.

Liverpool berjaya menang 1-0 dalam aksi tersebut untuk memastikan terus berada di puncak liga dengan jarak 13 mata.

Korang yang nak pra tempah sila klik pautan ini:

Pra tempah jersi Badge Emas Liverpool

So apalagi? Rembat la cepat cepat. Mana tau juara taun ni kan. Boleh jadi barang kenangan abadi tu.

Jersi tersebut dijual pada harga £74.99 ataupun kita £75 la. So dalam ringgit Malaysia dalam RM403.10.

Mungkin juga korang nak simpan budget untuk versi UCL? Nampak mantap juga penuh lencana dengan lencana emas ditambah lencana nombor 6 UCL tu.

Ramai juga meminta Liverpool mengeluarkan versi penjaga gol untuk jersi lencana emas.

Liverpool berjaya menamatkan tahun 2019 dengan jayanya.

Ini selepas Liverpool berjaya menjulang Liga juara juara Eropah. Kemudiannya disusuli dengan kejayaan menjulang piala super Eropah.

Dan pada akhir tahun 2019, Liverpool berjaya menjulang satu lagi piala antarabangsa iaitu Piala Dunia kelab.

Ini menjadikan Liverpool sebagai pasukan Inggeris pertama yang menjadi juara treble intercontinental.

Cuma di sebalik kegembiraan itu terselit sedikit luka di dalam hati sanubari penyokong Liverpool, kerana gagal untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris meskipun menamatkan saingan Liga dengan 97 mata.

Ini selepas pasukan Manchester City bimbingan Pep Guardiola ternyata pasukan lebih baik pada musim lalu dengan kejayaan mereka mengatasi pasukan juara terbaik dalam sejarah EPL.

Mereka henjut gila gila pada beberapa belas perlawanan terakhir untuk memintas Liverpool.

Apa yang pasti New Balance paling bertuah menaja Liverpool. Banyak produk mereka keluarkan laku keras kerana dibantu prestasi semasa di atas padang. Itupun kau nak cakap Liverpool tak kenang budi nak pergi ke Nike. Adoi. Benda ni bagi keuntungan dua hala.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari