Liverpool Pun Dulu Pernah Kena Ban Dari Kejohanan Eropah?

Sudah pastinya berita tentang kelab liga Perdana Inggeris, Manchester City kena ‘ban’ dari menyertai kejohanan Eropah oleh badan berkanun bolasepak benua tersebut, UEFA sudah tersebar.

Manchester City akan berdepan dengan ban selama 2 tahun, disamping denda sebanyak £30 juta (RM162 juta), mengakibatkan kelab kegemaran kumpulan Britpop terkemuka Oasis itu, mula ada desas-desus beberapa pemain akan keluar dari kelab tersebut.

Sudah pastinya Liam dan Noel Gallagher serta beberapa orang peminat The Citizens akan bersedih, sementara peminat yang lain mungkin berpindah menyokong kelab lain, atau mungkin layan sukan lain seperti gimnastik berirama atau snooker.

Atau mungkin repeat tengok WWE zaman Stone Cold.

Pun begitu, ini bukanlah kali pertama sebuah kelab bolasepak dari England kena ban dari menyertai UEFA Champions League.

Ini kerana sebelum ini pun, Liverpool juga pernah kena ban dari kejohanan Eropah selepas cemerlang menjuarai kejohanan tersebut sebanyak empat kali pada tahun 1977, 1978, 1981 dan 1984.

Liverpool kena ban dari kejohanan Eropah selepas penyokongnya terlibat dalam kejadian rvsuhan di Stadium Heysel, di Brussels, Belgium pada perlawanan akhir Piala Eropah 1985.

Liverpool and Juventus bergocoh di Heysel pada tahun 1985.

Perlawanan akhir di antara Liverpool menentang Juventus berlangsung pada 29 Mei, 1985.

Dalam perlawanan tersebut, limpahan penyokong Liverpool yang lebih ramai daripada Juventus, tetapi ruang kerusi yang ditetapkan jauh lebih sedikit dari kelab Itali itu.

Ini menyebabkan penyokong-penyokong neutral di zon Z terpaksa berhimpit dengan penyokong Liverpool, dan ditambah pula dengan penyokong Juventus membaling batu dan botol bir ke arah penyokong Liverpool.

Akibatnya, darah anak muda Merseyside menggelegak la, dan terus merempuh pagar keselamatan yang memisahkan zon Z dengan zon Juventus.

Kerana itu, penyokong Liverpool dipersalahkan walaupun pada mulanya provokasi dilakukan oleh penyokong Juventus.

39 orang m4ti dalam kejadian tersebut, kebanyakannya ialah penyokong Juventus, serta 600 orang ced3ra dalam kejadian tersebut.

Akibat daripada itu, kesemua kelab England kena ban dari menyertai kejohanan Eropah mulai 1986 hingga 1991, kemudiannya dikurangkan kepada empat tahun, kecuali Liverpool.

Pada kejohanan Eropah 1990/91, sebenarnya England dah boleh hantar wakil untuk kejohanan ni, tapi masa ni juara liga ialah Liverpool, jadi tahun berikutnya (1991/92) barulah boleh hantar, iaitu Arsenal selaku juara liga 1991.

Liverpool kemudiannya kembali ke Eropah pada tahun 1992 dalam acara UEFA Cup (nama lama Europa League), dan hanya berjaya layak ke UEFA Champions League pada tahun 2001/02.

Jadi, dalam kita membahan fan Manchester City (yang tak seberapa ramai pun) yang sedang bersedih, kita pun pernah ada sejarah hitam yang pernah menghantui kita.

Solidariti kepada Gallagher brothers.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan