Liverpool Sebarkan Video Aksi Sedap Henderson vs Southampton Yang Terkeluar Dari Dunia Ini

Kapten yang hensem dan berdaya saing, Jordan Henderson sekali lagi menunjukkan prestasi 5 bintang di dalam padang.

Kapten Hendo, baru sahaja diumumkan sebagai lelaki England paling ahli bermain bola sepak beberapa minggu lalu, menewaskan calon seperti Raheem Sterling dan Harry Kane.

Dalam aksi berhadapan dengan Southampton, bekas pemain Sunderland itu menunjukkan kepada dunia kenapa beliau akan berjengket seperti burung – untuk menjulang piala lagi selepas ini.

Henderson bermain sebagai no.8 dalam sistem 4-3-3 Klopp. Ini selepas laki kak Becca korang kembali semula ke dalam pasukan sebagai kesebelasan utama.

Henderson menjadi nadi penting kepada Liverpool dengan menjaringkan 1 gol serta satu assist.

Bukan  itu sahaja, beliau turut menjadi belia yang kreatif dan inovatif dengan mencipta 2 peluang gol. Salah satu daripadanya adalah assist sesedap pisang cheese leleh Peros – kepada Mohamed Salah.

Ini adala catatan statistik Henderson dalam perlawanan tersebut.

54 touches
– 100% dribble success
– 7 long balls
– 7 ground duels
– 1 clearance
– 3 interceptions
– 1 tackle
– 2 key passes
– 1 big chance created
– 1 goal
– 1 assist

Ianya statistik yang dianggap keluar dari dunia ini / out of this world.

Lantas, ahli media Liverpool terus menerbitkan satu video kenang-kenangan kepada aksi Henderson ini.

Ketika dikeluarkan, Jordan Henderson diberikan sorakan dan diiringi oleh chant Jordan Henderson di Anfield.

Liverpool kini berada 22 mata (dua puluh dua mata) di atas Manchester City.

Selain daripada beraksi cemerlang keraian gol beliau dan Firmino turut curi perhatian.

Laporan perlawanan: EPL: 1 Gol 1 Assist Hendo, Hatrik Assist Firmino Lonjak Liverpool 22 Mata Di Atas

Liverpool menjamu kunjungan Southampton dalam aksi ke-25 EPL di Anfield. Perlawanan yang turut menyambut kepulangan Danny Ings.

Fabinho kembali semula dalam kesebelasan utama pasukan – siap jadi model poster lagi. Alex Oxlade-Chamberlain bermain di wing kiri, mengisi ketiadaan Sadio Mane.

Liverpool bermula dengan tempo yang sangat bertenaga. Namun pada awal 10 minit pertama Southampton dapat meneutralkan setiap gerakan serangan Liverpool.

Pada minit ke-19 Mo Salah mendapat peluang dalam kotak penalti. Namun rembatannya diblok oleh pertahanan lawan. Aku pun tak pasti siapa.

Danny Ings kemudian mencetuskan peluang bahaya di hadapan gawang Liverpool, mujur Virgil Van Dijk Tenang mengeluarkan bola dari kotak bahaya.

Liverpool terus melancarkan serangan balas tetapi gagal untuk mendapatkan gol. Rembatan dari luar kotak penalti Jordan Henderson dihadang pertahanan sekali lagi.

Pada minit ke-26, Dnepro melakukan percubaan deras dari luar kotak penalti yang berjaya ditepis oleh Alisson.

Tidak lama selepas itu, Liverpool melakukan binaan serangan yang cantik. Chamberlain melakukan rembatan yang terbias pada kaki pertahanan lawan dan hampir menerjah gawang.

Pada minit ke-31, Virgil Van Dijk memiliki peluang keemasan. Beliau melakukan backheel yang diselamatkan penjaga gol. Rembatan susulan Firmino turut diselamatkan Alex McCarthy.

Pada akhir separuh masa pertama, Danny Ings dan Shane Long mencetuskan banyak masalah kepada Liverpool. Namun Alisson dalam prestasi terbaiknya.

Ings mencipta banyak peluang gol untuk rakannya dalam perlawanan ini.

Separuh masa pertama tamat 0-0.

Second Half

Bersambung babak kedua, Liverpool di hadapan pada minit ke-47 menerusi Alex Oxlade Chamberlain yang menerima assist kemas dengan flick oleh Roberto Firmino.

Rembatan leret itu memang teramatlah jahat. Dah ibarat bola boling yang dileret dan dilencongkan untuk strike.

Jordan Henderson kemudian menambah gol untuk Liverpool pada minit ke-60. Satu serangan pantas dan sekali lagi kebijaksanaan Firmino melakukan cut back yang tak mampu dihalang.

Henderson dengan teknik gaya pendekar Inggeris, menghunus lawan dengan gol deras.

2-0 untuk Liverpool.

Tidak lama selepas gol itu, Shane Long sekali lagi memiliki peluang keemasan. Entah berapa kali dia ni dapat peluang keemasan malam ni. Percubaan beliau dihadang oleh pertahanan  yang kacak bergaya, Joe Gomez.

Mohamed Salah kemudian menambah satu lagi gol. Kali ini hasil hantaran bakal pemenang pemain terbaik EPL tahun ini – Jordan Henderson.

Salah turut menjadikan Southampton lawan kegemarannya.

Roberto Firmino mendapat peluang depan mata, namun Alex McCarthy menghadangnya. Firmino jelas sekali mahu menjaga rekod nak skor tempat lawan sahaja. Di Anfield dia nak assist sahaja.

Berbaki 10 minit lagi, Takumi Minamino dimasukkan menggantikan Gini Wijnaldum.

Minit ke-85, Mo Salah melakukan gelecekan padu ibarat lipas kudung. Dan dengan baik hatinya mencipta peluang keapda dua bekas budak Salzburg. Malangnya, Minamino tidak mahu skor pula.

Dan sebelum wisel penamat, Mohamed Salah menambah 1 lagi gol. Macam aku cakap, Si Firmino ni sengaja nak buat koleksi tak nak skor di Anfield. Tetapi beliau melakukan assist ketiga dalam perlawanan ini.

Stats bawah ni kau tambah 1 assist.

Dengan kemenangan ini bermakna Liverpool 22 mata di atas Man City. Pasukan bimbingan Pep Guardiola akan turun esok.

Leicester pula sudah awal awal ter-seri dengan Chelsea.

Baca yang lain