Liverpool Sedia Guna Klausa Bonus Free Agent Untuk Lanjutkan Kontrak Salah

Mohamed Salah benar benar menunjukkan prestasi terbaiknya pada ketika ini, musim ini. Gol beliau ke atas Man City dan Watford dianggap sebagai gol individu terbaik di EPL pada ketika ini.

Salah kemudian menguatkan lagi reputasinya dengan hatrik di Old Trafford ke atas musuh paling perit Liverpool iaitu Man United.

Salah sudah menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool. Ditambah 5 assist untuk membuktikan bahawa beliau juga pemain yang kreatif.

Namun begitu, seperkara yang agak meresahkan peminat Liverpool adalah situasi kontrak Mo Salah. Di mana pemain itu masih belum melanjutkan lagi kontraknya.

Salah mahu kekal

Dalam satu wawancara terbaru bersama dengan Sky Sports, Salah menegaskan bahawa beliau mahu terus kekal bersama Liverpool.

Kalau boleh dia mahu kekal sehingga akhir karier bola sepaknya. Namun Salah memberitahu bahawa, situasi kontrak bukan di dalam kawalannya.

Kontrak semasa pemain berusia 29 tahun itu akan berakhir pada 2023. Dan Liverpool kini sedang agak cemas dengan situasi kontrak Salah.

Bercakap kepada Sky Sports, Salah berkata: “Ini bukan bergantung di tangan saya. Namun jika kamu tanya, sama ada saya mahu terus kekal di sini? Ya, saya mahu terus kekal di Liverpool sehingga hari terakhir karier bola sepak saya.”

“Namun saya tak boleh bercakap banyak tentangnya, sebab ianya bukan di tangan saya. Ianya terpulang kepada kemahuan kelab. Bukan terpulang pada saya.”

“Buat masa ini, saya tak dapat membayangkan saya akan bermain menentang Liverpool. Itu akan membuatkan saya sedih.”

“Ianya sukar. Saya tak nak bercakap tentangnya. Namun saya pasti akan sedih untuk membayangkan saya bermain menentang Liverpool. Tapi kita akan tengok nanti, apa yang akan berlaku di masa akan datang.”

Salah sekali lagi menunjukkan prestasi memukau pada musim ini setakat ini. Di mana Salah sudah menjaringkan 12 gol daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan.

Salah menjadi pemain terpantas dalam sejarah Liverpool untuk menjaringkan 100 gol pada September, dan kelima terpantas dalam sejarah EPL untuk menjaringkan 100 gol. Di mana Salah melakukannya hanya dalam 162 perlawanan.

Situasi masih tak menentu

Salah kini memasuki 2 tahun terakhir pada kontraknya. Dan masih belum ada persetujuan baharu dicapai di antara Salah dan kelabnya.

Beberapa laporan menyebut bahawa ejen Mo Salah meminta gaji yang sangat tinggi untuk lanjutan kontrak baharu. Bagi peminat Liverpool, ramai yang melancarkan kempen, berikan sahaja apa Salah mahu.

Hal ini kerana menurut mereka, Liverpool sebelum ini sudah membayar angka yang rendah dari segi harga perpindahan dan gaji. Dan Salah menjadi nadi penting Liverpool dalam memberikan kelab kejuaran UCL dan EPL.

Namun FSG sukar menunaikan gaji yang tinggi kerana struktur gaji di Liverpool. Kerana jika, berlaku kerosakan, ianya akan mempengaruhi permintaan gaji oleh pemain bintang yang lain.

TEAMtalk pula melaporkan bahawa FSG mungkin akan menggunakan klausa atas tandatangan. Klausa yang biasanya diberikan kepada pemain ejen bebas.

Ini bermakna, mereka akan membiarkan kontrak semasa Salah berakhir. Dan memujuk pemain itu menyertai mereka secara ejen bebas. Nampak macam pusing pusing tang tu jugak kan.

Sebenarnya, ini untuk memastikan struktur gaji di Liverpool kekal terkawal dan Salah akan menerima bonus yang hampir dengan jumlah gaji yang dia minta.

Setiap musim sesebuah pasukan itu akan ada jumlah baharu untuk dibelanjakan pada gaji pemain berdasarkan keuntungan dan pendapatan dari musim sebelumnya.

Ianya dianggap solusi yang agak bijak. Ini kerana bonus akan diasingkan dengan gaji tahunan Salah. Bonus tersebut juga boleh dibayar secara ansuran setiap musim.

Liverpool kini mempertimbangkan bonus tandatangan yang tinggi untuk Salah.

Walaubagaimanapun taktik ini sangat berisiko kerana Mo Salah boleh sahaja pergi ke kelab lain secara percuma.