Liverpool sudah sedia untuk menewaskan Tottenham dalam mendapatkan pemain sayap Colombia Luis Diaz sebelum jendela perpindahan ditutup.
Luis Diaz yang sebelum ini merupakan pemain yang tidak diletakkan dalam senarai untuk dijual oleh Porto. Namun tiba tiba Porto mempertimbangkan tawaran daripada Spurs. Perkara itu membuatkan Liverpool memasuki gelanggang persaingan.
Diaz menyertai Porto pada 2019 dengan harga hanya kira-kira €7m dan sejak itu telah membentuk reputasi untuk dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dalam liga Portugal.
Diaz juga merupakan pemain antarabangsa yang berpengalaman, dan merupakan penjaring terbanyak bersama di Copa America untuk Colombia yang dilangsungkan pada musim panas lalu.
Beberapa kelab telah menunjukkan minat terhadap pemain berusia 25 tahun itu dalam jendela perpindahan baru-baru ini, walaupun 90min melaporkan awal bulan ini bahawa Porto terbuka untuk penjualan – dengan Tottenham pasukan pada masa itu berusaha keras untuk mencapai perjanjian.
Spurs dilaporkan sukar mencapai kesepakatan harga dan bonus tambahan untuk membeli pemain itu. Dengan Porto tidak terdesak untuk menjual pemain tersebut, kecuali ditawarkan harga mengikut tanda harga yang mereka mahukan.
Situasi Antonio Conte di Spurs kini menjadi rumit. Apabila board pasukan dilaporkan tidak memberikan sokongan dana yang secukupnya untuk pembelian pada Januari yang harganya biasanya lebih mahal.
Liverpool datang dengan tawaran yang menarik perhatian Porto dan bersedia untuk memenuhi permintaan Porto dan membayar pakej keseluruhan bernilai €60m – dengan bayaran asas €45m ditambah €15m sebagai bonus tambahan.
Tottenham belum lagi menyatakan kesediaan untuk membayar nilai setinggi itu. Namun Spurs juga dikatakan mahu mempertimbangkan harga tersebut selepas terlepas Adama Traore yang merupakan sasaran utama mereka. Traore menyertai Barcelona.
Jika Liverpool berjaya mendapatkan Luis Diaz, mereka akan terbuka untuk mendengar tawaran untuk Takumi Minamino dan juga Divock Origi sebelum jendela perpindahan ditutup.
Minamino menarik minat beberapa kelab termasuk Leeds dan Monaco.
Liverpool are reportedly set to complete the signing of Luis Diaz from Porto.
Takumi Minamino has been a star of their Carabao Cup campaign and he could leave the club before Monday's deadline.
Leeds and Monaco have been linked with a move. pic.twitter.com/rJ8GxxAIez
— Sporting Life Football & Infogol (@InfogolApp) January 28, 2022
Leeds berdepan dengan krisis prestasi kerana isu kecederaan yang kritikal musim ini. Liverpool meletakkan tanda harga £20 juta selepas membayar hanya £7.5 juta – klausa pelepasan pemain itu dahulu dari RB Salzburg.
Liverpool turut dikatakan sedang berusaha membawa pemain Fulham iaitu Fabio Carvalho.
"Definitely a good signing"https://t.co/5zRX9iuyfP
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) January 27, 2022
Baca juga: Conte Sindir Board Spurs Yang Kedekut Lepas Kalah Dengan Chelsea: “Bila Nak Mulakan Proses?”
Jika sebelum ini Conte dijanjikan dana perpindahan yang besar pada Januari, sebagai salah satu syarat dia menyertai Spurs, namun sekarang ini segalanya cuma diam sahaja.
Conte sebelum ini dilaporkan sudah meminta dana daripada board Tottenham Hotspur namun tidak dilayan.
Dalam aksi berdepan dengan Chelsea, Spurs menurunkan Steven Bergwijn yang masih mahu berpindah ke Ajax. Mujur pemain itu kekal profesional dan menjaringkan 2 gol masa kecederaan sebelum ini.
Conte sebenarnya terpaksa meletakkan Bergwijn dalam pasaran perpindahan kerana ada minat daripada kelab lain. Ini kerana Conte mahu top up dana untuk membeli pemain baharu.
Oleh sebab itu Conte berkeras dia tak akan menjual Bergwijn dengan harga di bawah paras tanda harga diletakkannya.
Kemudian,
Conte terpaksa menyisihkan Dele Alli dan Giovani Lo Celso yang dilaporkan tiada dalam perancangan Conte dan sedia untuk dijual.
Spekulasi bertiup kencang mengaitkan Dele Alli dengan Newcastle. Dan Lo Celso pula sebelum ini ibarat menyimbah petrol pada api apabila terbuka menyindir Conte dan mempersoalkan bahawa dia tidak diturunkan walaupun tak cedera.
Dalam tulisannya di Instagram Story, Lo Celso berkata: “Saya tiada masalah, dan sihat sekali. Saya nak jelaskan di sini, saya 100 cergas.”
“Saya tidak ada masalah, dan berharap team saya buat yang terbaik dalam derbi kali ini.”
Muatnaik tersebut diletakkan gambar dia dengan beberapa rakannya sedang bergelak ketawa di sesi latihan. Ibarat satu sindiran yang pedas kepada Conte.
I think it’s for the best that Antonio Conte doesn’t rate Giovani Lo Celso pic.twitter.com/LUMYv8UFSD
— Sean Walsh (@SeanDZWalsh) January 23, 2022
Akibatnya, kedua dua pemain tidak disertakan dalam skuad 20 pemain ke Stamford Bridge.
Selain itu, Matt Doherty juga antara pemain yang sudah diberitahu bahawa beliau berada dalam pakej untuk mendapatkan Adama Traore dari Wolves.
Doherty sempat membedal kaki Malang Sarr dalam keadaan malang tak berbau.
Mujur tak patah kaki kawan tu.
Ianya semua berkaitan dengan fokus pemain selepas sudah tahu mereka bukan pemain dalam perancangan Conte. Conte turut mempersoalkan, bila lagi mereka mahu memulakan semua proses ini kalau bukan sekarang?
Selepas tamat aksi berdepan dengan Chelsea di mana Spurs kalah 2-0, Conte ditanya wartawan tentang isu Dele Alli. Dan Conte enggan memberikan komen lanjut.
“Saya tak suka komen tentang seorang pemain. Kelab ini akan membuat keputusan terbaik. Ada pengarah sukan dan ada pengerusi yang akan menjadi orang terakhir dalam membuat keputusan.”
“Ini bukan masa yang tepat untuk bercakap. Kelab dah tahu dengan jelas apa yang ada dalam fikiran saya.”
“Satu jendela perpindahan tidak akan merapatkan lagi jurang ini. Kerana jurang ini sudah membesar sejak bertahun tahun sebelum ini. Tidak mudah untuk mencari solusi dalam jangka masa pendek.”
“Saya hanya fokus kepada kerja saya sehingga ke akhirnya. Kita masih ada 4 bulan lagi musim ini dan cuba melakukan yang terbaik. Jika kita memikirkan kita menyelesaikan masalah ini dengan satu jendela perpindahan sahaja, itu bukan hakikatnya sekarang.”
“Kamu perlukan bertahun tahun, dan sudah tentunya kita harus bermula sekarang.”
“Kamu harus menjual atau meminjamkan pemain keluar dan ianya sukar untuk mencari pemain yang tepat untuk kami. Kamu hanya boleh mulakan proses ini, dan ianya akan makan tahun juga untuk melakukannya.”
“Bukan mudah sebenarnya, saya sudah bercakap sendiri tentang perkara ini dengan kelab dan saya meletakkan diri saya dalam kedudukan untuk bekerja membantu memperbaiki lagi situasi di atas padang.”
“Saya seronok di sini. Kita ada 4 bulan lagi untuk cuba mendapatkan hasil terbaik. Saya bangga dengan usaha para pemain. Kadangkala kamu cuma boleh push 100% tetapi itu masih belum cukup.”
Spurs berusaha untuk menjual pemain pemain seperti Lo Celso, Alli dan Tanguy Ndombele sebelum jendela perpindahan ini berakhir.