Tujuan Loris Karius di pinjamkan ke Besiktas adalah untuk memberi beliau peluang agar melupakan mimpi ngerinya ketika bersama pasukan Liverpool.
Walau peristiwa itu tak kan pernah beliau lupakan namun dengan cara memberi beliau peluang bermain bersama pasukan lain akan mengurangkan tekanan serta membina semula keyakinan beliau yang telah hilang gara-gara peristiwa hitam nya itu.
Bukan tidak boleh melakukanya bersama Liverpool namun jika beliau masih bertahan di Liverpool beliau akan lebih tertekan dan sukar untuk beliau dapatkan semula keyakinan dan tahap terbaik permainan beliau semula.
🤫👏🏻🦅 with our fans everything is possible. Bring on the next game! #LK1 #bjk pic.twitter.com/gLUx9lkT1u
— Loris Karius (@LorisKarius) April 28, 2019
Apakah peristiwa hitam yang dimaksudkan?ya anda semua pasti tahu dan ingat tentang apa yang telah berlaku pada 26 Mei 2018 lalu di Kiev.
Ia adalah peristiwa dimana Karius melakukan kesilapan mudah dan Liverpool tewas kepada Pasukan Real Madrid untuk merebut Piala Liga Juara-Juara.
Karius telah dipinjamkan ke Besiktas selama dua tahun bermula pada Ogos 2018. Beliau diberi banyak minit permainan disana sebagai pemain utama. Beliau juga telah melakukan 61 penampilan untuk pasukan dari Turki itu.
Tampak seperti tiada masalah pada musim pertama beliau disana namun musim kedua bersama pasukan itu semuanya berubah.
Penjaga gol berasal dari Jerman itu telah melakukan Tiga kesilapan yang mengundang gawangnya dibolosi lawan.
Terbaru pasukan beliau telah menewaskan Caykur Rizespor dengan kemenangan 2 gol berbalas 1.
Disebalik kejayaan pasukannya memenangi perlawanan itu, Karius mendapat perkhabaran yang kurang baik yang mana Besiktas sudah tidak memerlukan khidmatnya lagi.
Malah, jurucakap Turki, Fotospor melaporkan bahawa pengurus Besiktas, Sergen Yalcin sedang mencari penjaga gol baru pada musim panas selepas mengalami ketidak sefahaman dengan Karius.
Masalah antara Karius dengan Besiktas ini bukan lah perpunca dari tahap persembahan beliau. Menurut satu Laporan yang telah mendakwa bahawa punca sebenar Karius bersama Besiktas adalah kerana Karius terlalu banyak menghabiskan masa untuk berhibur sehingga lewat malam di Istanbul.
Yang mana hal itu sedikit sebanyak menjejaskan latihan dan aksinya bersama pasukan.
Mood😁 +3. Well done boys 👊🏻🙌🏻 #KAR1US #LK1 #BJK pic.twitter.com/5quz1s9KcB
— Loris Karius (@LorisKarius) September 29, 2018
Karius nampaknya tidak mahu membantu diri beliau sendiri. aksi hambar beliau ketika malam perlawanan akhir Liga Juara-Juara masih lagi menjadi mimpi ngeri untuk para peminat Liverpool.
Beliau seharusnya menjalani pemulihan dan mendapatkan semula prestasi terbaiknya ketika bermain diluar.
Malah beliau tidak melakukan hal itu sama sekali. Beliau lebih memilih untuk menghabiskan waktu beliau di Istanbul dengan hiburan tanpa penghujung.
Kita akan lihat apa yang akan berlaku kepada pemain berusia 26 tahun itu pada akhir musim. Adakah beliau akan terus bersama Besiktas atau meninggalkan Pasukan dari Turki itu.
Congrats, @LFC. Really happy for everyone at the club and fans. You deserved this.
— Loris Karius (@LorisKarius) June 1, 2019
Laporan terbaru menunjukkan Besiktas tidak mahu menandatanganinya untuk menjadi pemain tetap mereka bahkan mereka mahu memulangkan semula Karius Ke Liverpool.
Karius juga tidak menyerah kalah dan masih berharap diberi peluang untuk menjadi penjaga gol Liverpool semula.
“Saya akan bermain untuk Liverpool lagi,Sudah tentu ia pilihan yang baik untuk tetap berada di sana, “katanya Oktober lalu, dalam Daily Mail.
“Mungkin saya akan bermain untuk mereka sekali lagi, tiada siapa yang tahu. Perjalanan masih jauh untuk saya”.
“Kalau bukan Liverpool, pasti akan ada pasukan yang mahukan saya, jadi saya tidak bimbang tentang sebarang senario.”
Atas apa yang berlaku kita berbangga dengan keyakinan yang beliau miliki, namun masalah disiplin beliau yang teruk jika tidak diperbaikki ia akan merosakkan masa depan beliau sebagai seorang pemain bola sepak Profesional. Adakah beliau masih layak untuk bersama Liverpool kembali?