Liverpool Sign Konate, Ini 2 Sebab Kenapa Kabak Juga Harus ‘Permanent’

Liverpool dilaporkan sedia membayar Ibrahima Konate £35 juta. Pemain bek tengah Leipzig itu akan memeterai perjanjian 5 tahun dengan Liverpool.

Perkara itu turut dilaporkan oleh Fabrizio Romano, seorang lelaki Itali paling dipercayai semua lelaki di dunia ini selain Vicenzo Cassano.

Kontae sangat hampir menyertai Liverpool. Kerana kini beliau dilaporkan dalam proses membincangkan syarat dan terma peribadi dalam kontraknya.

Bagaimana dengan Ozan Kabak?

Secara meritnya, pemain ini berhak mendapatkan kontrak dengan Liverpool. Namun selepas miskin CB, Liverpool bakal menjadi lambakan CB dengan adanya Gomez, Matip, Davies, Van Dijk, Nat Philips, ditambah dengan Kabak dan juga Konate.

Rhys Williams tu tolak tepi dulu kerana pemain pembangunan.

Liverpool masih berminat untuk mendapatkan Kabak secara tetap dari Schalke. Pasukan Schalker tersingkir ke 2.Bundesliga musim hadapan. Membuatkan mereka perlu mengurangkan bil pasukan.

Kabak diletakkan harga £18 juta oleh Schalke jika Liverpool mahu mendapatkan beliau.

Berdasarkan situasi semasa, adakah Liverpool sanggup membayar pemain pilihan ketiga untuk angka tersebut?

Berikut adalah dua sebab yang saya rasa boleh dipertimbangkan Liverpool

1. Perbaiki squad depth

Saya berpendapat Kabak masih lagi pilihan yang bagus. Joel Matip mungkin calon terbaik untuk dilepaskan kerana masalah kecederaan berulang. Joe Gomez sukar untuk dilepaskan kerana dia adalah pemain homegrown dan dia masih muda.

Kabak boleh menjadi opsyen kedua di simpanan selepas ini.

Secara tak langsung kita akan memperbaiki squad depth.

Bunyinya agak kejam juga, kemungkinan Liverpool harus melepaskan Ben Davies yang masih gagal membuat sebarang penampilan. Atau nak lagi kejam, Nat Phillips mungkin harus dilepaskan kalau Liverpool mahukan Kabak.

Kerana Phillips musim depan sudah tak muda dah, dah 25 tahun. Phillips dan Kabak sebenarnya dalam situasi yang sama. Ada kebaikan kepada mereka jika mereka pergi ke kelab lain untuk mendapatkan minit.

Dan jika mereka kekal di Liverpool, mereka akan memberikan tambahan penting kepada kelab. Phillips sudah dikira graduan lulus ke pasukan utama.

Jadi puzzle ini harus dimulakan dengan Joel Matip. Yang sebelum ini memang ada menyuarakan dia mahu meninggalkan Liverpool. Dia sudah mencipta namanya dalam sejarah Liverpool yang kita akan ingat selamanya.

2. Usia Kabak

Namun satu lagi perkara yang membuatkan Liverpool perlu mempertimbangkan Kabak adalah usianya yang masih sangat muda. Sama juga dengan Nat Phillips.

Liverpool boleh membelinya dan meminjamkannya untuk dibangunkan di kelab lain.

Rasanya tak rugi pun Liverpool membayar £18 juta untuk bakat di masa depan ini.

Dan mereka harus mempertimbangkan juga situasi Phillips sebaiknya. Dengan kehadiran Ibrahima Konate, agak sukar nak melihat Phillips atau Kabak menjadi pemain utama dalam pasukan.

Tetapi dari segi usia, Kabak nampaknya menjadi pilihan lebih baik untuk sistem loan dan dibangunkan.

Lagipun Joe Gomez dan Konate pun boleh tahan rekod kecederaan diorang ni. Jadi, Nat Phillips dan Joel Matip berada dalam satu kumpulan pertimbangan lain. Kekal Nat, keluarkan Matip. Kekal Matip keluarkan Nat.

Dari segi gaji, mungkin Nat pilihan lebih baik ye tak?

Lagipun Nat dan Kabak sudah membuktikan mereka sudah memahami sistem Klopp. Daripada berlanggar dengan Alisson pada debut, Kabak kemudian memperbaiki kefahamannya dengan corak permainan berpasukan.

Rumusan

Untuk mengekalkan Kabak, seseorang harus dilepaskan. Dan saya berpendapat, Kabak berhak untuk kekal di dalam pasukan. Namun jika Kabak memikirkan aksi kesebelasan utama, Liverpool mungkin terpaksa akur untuk tidak mendapatkannya secara tetap.

Seterusnya, ada benarnya juga pandangan Jose Enrique ini, jika dari segi harga, Nat pilihan lebih murah. Cuma nak cakap owner Liverpool kan tengah nak beli jiwa penyokong. Beli je la.

Sebab pada pandangan saya, Kabak lebih baik dari Nat dari sudut taktikal dan hantaran.

Pandangan korang macamana?