Liverpool membuat kejutan apabila menandatangani semula Jay Spearing ke dalam pasukan mereka.
Sterling mewakili Liverpool, dengan debut beliau pada 2008 yang lalu. Dia dinaikkan pangkat dari pasukan akademi. Spearing berada di akademi Liverpool sejak berusia 10 tahun lagi.
Bermain 55 kali untuk Liverpool dalam 5 musim dan membantu kelab memenangi Piala Carabao. Dia kemudian dijual ke Bolton pada 2013.
Berita itu agak mengejutkan selepas Liverpool menandatangani Darwin Nunez. Adakah Spearing ni ditandatangani sebab dah pokai?
Tidak!
Pemain itu akan diletakkan selaku pemain dalam skuad pembangunan B-21. Sambil menjadi sebahagian staf kejurulatihan skuad B-18.
Walaupun Spearing bukanlah pemain yang memiliki karier yang bagus di Liverpool, namun dia antara pemain yang dikatakan memiliki ciri ciri yang bagus untuk menjadi jurulatih di masa hadapan.
Jay Spearing will be returning to our Academy as a full-time coach with the U18s group 👇
— Liverpool FC (@LFC) June 17, 2022
Spearing kali terakhir bermain untuk Tramere Rovers di League 2 dan hanya dibezakan 2 mata daripada slot play off.
Pemain berusia 33 tahun itu sedia untuk kembali semula bersama Liverpool yang merupakan naib juara eropah musim lalu.
Spearing antara jurulatih muda yang lulus dalam temuduga di Anfield. Dia bertanggungjawab membantu membangunkan bakat muda untuk dinaikkan pangkat ke dalam pasukan utama Liverpool di bawah Jurgen Klopp.
Spearing mendapat kepercayaan daripada pengarah pasukan muda Liverpool iaitu Alex Inglethorpe.
Langkah ini mirip kepada apa yang dilakukan Manchester United pada musim lalu. Di mana mereka menandatangani semula Paul McShane.
McShane tidak didaftarkan untuk skuad utama. Sebaliknya dia bermain enam kali untuk B-23.
Read more here: https://t.co/r8pxFcHyEt
— The Anfield Talk (@TheAnfieldTalk) June 17, 2022