Liverpool turun melayan kunjungan Wolves di Anfield. Di mana mereka berada di belakang City 1 mata dalam persaingan kejuaraan liga.
Liverpool di belakang seawal minit ke-3 apabila Raul Jimenez menyempurnakan hantaran Pedro Neto.
Silap pertahanan Liverpool yang leka dan ditewaskan di garisan tinggi. Konate tak dapat mematikan ancaman daripada Neto dan Alisson tertewas.
3' GOALLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!! What a shift in the title race this goal has caused! Wolves lead!
Assist: Raul Jimenez
Goal: Pedro Neto#LiverpoolFC 0-1 #Wolves #LIVWOL | #PL pic.twitter.com/eiUhqRdo35— Premier League Team Updates (@match_league) May 22, 2022
Liverpool memberikan respon segera dengan meningkatkan tekanan dan asakan.
Luis Diaz mencipta situasi satu lawan satu dengan Jose Sa. Namun tidak dapat disempurnakan.
Liverpool terus mengasak terutama sekali daripada Andy Robertson. Namun Wolves bertahan dengan sangat baik.
Akhirnya pada minit ke-24, Sadio Mane menjaringkan gol penyamaan buat The Reds. VAR mengesahkan gol tersebut onside.
⚽️ Most PL goals by players who haven’t scored a PL penalty
149 Les Ferdinand
111 SADIO MANE
110 Emile Heskey pic.twitter.com/4M7MGFANRw— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) May 22, 2022
Separuh masa pertama tiada gol lagi terhasil dan kedua dua pasukan terikat 1-1.
Bersambung pada separuh masa kedua, Liverpool mengekalkan tekanan yang mereka berikan daripada separuh masa pertama.
Anfield gegak gempita sekali lagi apabila Sadio Mane melakukan sungkitan melepasi penjaga gol simpanan yang baru dimasukkan John Rudy.
Mohamed Salah kemudian ada peluang 1 lawan 1 dengan Rudy tetapi pertahanan Wolves menghadangnya.
Liverpool akhirnya di hadapan pada minit ke-84 menerusi Mo Salah. Gol itu meletakkan Salah sebagai pemenang kasut emas sekali lagi dan berkongsi dengan Son Heung Min.
Son Heung-Min becomes the first ever Asian to win the golden boot, sharing the award with Mohamed Salah. https://t.co/r824MPxokl
— Jonty Colman (@JontyColman) May 22, 2022
Dan lima minit kemudian Andy Robertson menjaringkan gol ketiga Liverpool.
Malangnya itu tidak cukup untuk membantu Liverpool. Kerana di Etihad, Man City bangkit dengan menjaringkan 3 gol selepas mereka ketinggalan 2 gol.
Ilkay Gundogan menjadi supersub yang membantu Man City menjadi juara..
Dia masuk dan mencetak dua gol. Satu lagi gol adalah menerusi Rodri.
City meraikan kejayaan mereka dengan sangat emosional.