Liverpool Tamatkan Pemburuan Bellingham Kerana Terlalu Mahal Dan Mahukan Mason Mount

Fabrizio Romano melaporkan bahawa Liverpool menamatkan pemburuan Bellingham. Kini mereka mengalihkan tumpuan kepada pemain Chelsea iaitu Mason Mount.

Alasan utama adalah tanda harga yang diminta Dortmund iaitu £130 juta ataupun sekitar €150 juta untuk mendapatkan pemain itu.

Liverpool merasakan angka itu boleh digunakan mereka untuk mendapatkan 2 atau 3 pemain tengah.

Bahagian tengah menjadi keutamaan Liverpool untuk diperbaiki.

Ianya selepas mereka berdepan krisis prestasi di bahagian tengah musim ini kerana pemain yang semakin berusia dan krisis kecederaan.

Naby Keita antara pemain yang disahkan akan keluar selepas kontraknya berakhir.

Kontrak semasa Mason Mount akan berakhir pada 2024 akan datang. Dan pemain itu masih belum melanjutkan kontrak di Stamford Bridge kerana tidak yakin bahawa dia akan menjadi pemain utama dalam projek baharu Chelsea yang sarat dengan bintang di tengah.

Jurgen Klopp menyukai kerajinan Mason Mount dan keupayaan pemain itu menjadi playmaker di tengah.

Tetapi Liverpool sedar bahawa mereka akan berdepan persaingan daripada Bayern Munich.

Di mana Thomas Tuchel berminat untuk mendapatkan Mason Mount ke kelab gergasi Jerman itu.

Mount antara nama yang sedia dijual oleh Chelsea. Dalam usaha kelab itu mahu mengimbangi semula akaun FFP mereka selepas berbelanja sangat besar musim ini.

Namun sudah tentunya Mount bukannya satu satunya sasaran Liverpool untuk mengisi bahagian tengah.

Beberapa nama lain yang turut berada dalam senarai termasuk Matheus Nunes dari Wolves.

Liverpool melalui musim yang suram musim ini. Musim terburuk mereka di bawah era Jurgen Klopp.