Liverpool berjaya menewaskan Inter Milan 2-0 dalam aksi pusingan pertama peringkat 16 akhir Liga Juara Juara Eropah. Dan ianya agregat yang sangat baik untuk dibawa pulang ke Anfield.
Gol oleh Roberto Firmino dan Mohamed Salah pada separuh masa kedua memberikan kemenangan berharga buat Liverpool dalam usaha mereka mahu mara ke suku akhir sekali lagi.
Kedua dua pasukan memiliki rekod yang agak serupa di dalam kempen liga domestik masing masing. Kedua duanya berada di tangga kedua ketika ini dan memenangi 16 perlawanan setakat ini.
Inter Milan and Liverpool are having almost identical league seasons 👀 pic.twitter.com/2yCmeeix2Y
— ESPN FC (@ESPNFC) February 16, 2022
Berikut adalah 5 statisik dan fakta perlawanan UCL pusingan 16 akhir yang pertama berlangsung di San Siro, Milan.
1. Tujuh perlawanan Tujuh kemenangan
Liverpool kekalkan rekod bersih dengan 7 kemenangan daripada 7 aksi terakhir UCL mereka setakat ini.
Sebelum ini Liverpool mengejutkan ramai dengan mencatatkan rekod kemenangan bersih daripada kumpulan yang dianggap kumpulan maut bersama dengan Atletico dan AC Milan serta Porto.
Ianya satu rekod yang sangat cemerlang dicatatkan The Reds pada musim ini.
7 matches. 7 wins.
Are Liverpool the Champions League favorites? 👀 pic.twitter.com/GGudbgsVVq
— ESPN FC (@ESPNFC) February 16, 2022
2. Firmino pakar kalah mati
Tahukah korang semua bahawa Roberto Firmino menjaringkan 12 gol terakhir UCL beliau dalam pusingan kalah mati.
Firmino masuk sebagai pemain gantian dan menanduk masuk bola sepakan penjuru Andrew Robertson.
Eight of Roberto Firmino's last 12 Champions League goals have come in the knockout rounds! ⚽️
Delivers in the BIG moments 🔥#UCL pic.twitter.com/mFtEC6cY5o
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 16, 2022
Bukan itu sahaja, Roberto Firmino turut memperbaiki taktikal Liverpool dari segi fizikal dan ketika pressing.
Menurut opta, Roberton Firmino melakukan 4 bentesan ke atas pemain pemain Inter, lebih banyak berbanding dengan mana mana pemain Liverpool yang lemas dek kerana permainan fizikal Inter.
Roberto Firmino made more tackles against Inter (4) than any other Liverpool player… and he only came on at half-time.
The goal wasn't bad either. 😉#UCL pic.twitter.com/uajiLk8Lc0
— Squawka Football (@Squawka) February 16, 2022
3. Mohamed Salah dalam prestasi terbaik
Mohamed Salah sekali lagi dalam prestasi terbaiknya dalam kempen Liga Juara Juara Eropah. Di mana bintang antarabangsa Mesir itu menyumbang gol dalam lapan perlawanan terakhir Liga Juara Juara Eropah untuk The Reds.
Dalam aksi berdepan Inter, Mo Salah berjaya meledak gol kedua dari dalam kotak penalti selepas menerima bola yang ditanduk Van Dijk.
Mo Salah's last eight away Champions League games:
⁰⚽🅰️
⚽⁰⚽
⚽⁰⚽⚽
⚽⚽⁰⚽
⚽ pic.twitter.com/sqPaTWclGF— B/R Football (@brfootball) February 16, 2022
Secara keseluruhan sang Raja Mesir ini sudah bermain 50 perlawanan UCL dengan 33 gol, 9 assist dan 1 kejuaraan dalam rekod kariernya.
Mohamed Salah's Champions League career by numbers for Liverpool so far:
◉ 50 appearances
◉ 33 goals
◉ 9 assists
◉ 1 titleAnother game, another goal… another trophy? #UCL pic.twitter.com/EiYQgXgHw0
— Squawka Football (@Squawka) February 16, 2022
Jadi kini Liverpool harus menyegerakan soal kontrak Mohamed Salah kerana pemain itu jelas masih menjadi pemain penting dan penjaring gol utama mereka.
4. Dua kali menang di San Siro
Jurgen Klopp pernah menyatakan salah satu impiannya adalah merasai atmosfera di San Siro dan musim ini dia diberikan dua kali tugasan ke San Siro.
Liverpool berjaya menang kedua dua kunjungan mereka ke San Siro berdepan dengan Inter Milan dan AC Milan.
Sides to beat AC Milan and Inter at the San Siro this season:
🏴 Liverpool
End of list. 📋 pic.twitter.com/DIyexqSAZX
— William Hill (@WilliamHill) February 16, 2022
Selain itu, untuk Inter Milan, ini adalah kekalahan kedua mereka di dalam aksi UCL di tempat sendiri. Menyamai rekod kekalahan mereka dalam 34 perlawanan terakhir mereka di Serie A.
Sebelum ini Inter Milan ditewaskan oleh Real Madrid di peringkat kumpulan, walaupun mereka beraksi sangat baik dalam perlawanan tersebut.
Inter have lost as many home games in four Champions League matches this season (2) as they have in their last 34 in Serie A:
❌ 0-1 vs Real Madrid
❌ 0-2 vs LiverpoolDifferent level. #UCL pic.twitter.com/TlYaRfEjEZ
— Squawka Football (@Squawka) February 16, 2022
5. Penampilan ke-800 Milner
James Milner masuk pada separuh masa kedua. Untuk mencatatkan penampilan ke-800 di peringkat senior untuk kelab.
Milner kini sudah bermain 275 kali untuk Liverpool, 203 perlawanan untuk Manchester City, 136 kali untuk Newcastle, 126 kali untuk Aston Villa, 54 kali untuk Leeds dan 6 kali untuk Swindon.
Secara purata, Milner bermain 40 perlawanan semusim dalam 20 tahun kariernya.
800 – @JamesMilner tonight made the 800th appearance of his senior club career (275 Liverpool, 203 Manchester City, 136 Newcastle United, 126 Aston Villa, 54 Leeds United, 6 Swindon Town). Milner has averaged 40 games per season across his 20-season professional career. Enduring. pic.twitter.com/blUX0IXS3w
— OptaJoe (@OptaJoe) February 16, 2022